Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan orang ramai guna TuJu, ramai menyambut saranan beliau. Ada lonjakan ketara jumlah pengguna TuJu selepas PMX mengesyorkan pengunaannya.

“Malaysians asked to remove haze, government asking to remove Waze”. Satu lagi berbunyi, “ask government to settle haze, they got rid of Waze”. Tak tahu siapa yang mencipta ungkapan itu tetapi dia memang creative buat lawak sinis.
Ada rhyme ‘haze’ dengan ‘Waze’. Kata-kata itu sudah mendapat tempat di pelbagai platform media sosial. Saya sendiri tersenyum lebar membacanya. Ini susulan tindakan kerajaan melarang penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze berkuat kuasa serta-merta. Walaupun larangan membabitkan hanya kakitangan kerajaan, orang ramai turut digalakkan berhenti guna Waze.
Oleh kerana jerebu masih bersama kita, terciptalah jenaka sinis ‘haze’ dan ‘waze’ yang disebut tadi. Namun jika diambil kira alasan kerajaan, this is no laughing matter.
Kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tindakan diambil bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna yakni penjawat awam daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel. Keputusan dibuat PMX dengan mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd sebagai pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.
Berkata pula Menteri Digital Gobind Singh Deo, “jika melihat dokumen perjanjian (sebelum mengaktifkan aplikasi) kita bersetuju dengan syarat-syarat tertentu iaitu di bawah bidang kuasa undang-undang Israel dan itu menjadi satu masalah kepada kita.”
Majlis Keselamatan Negara pula kata tiada kompromi terhadap sebarang risiko keselamatan melibatkan Israel. Reaksi Waze ialah menafikan aplikasinya mengumpulkan maklumat sensitif kerajaan atau membenarkan pihak ketiga mengeksplotasi data peribadi pengguna. Penafian ini memang dijangkakan.
Larangan kerajaan stands. Ketua Pengarah MKN Raja Nushirwan Zainal Abidin berkata penjawat awam yang melanggar arahan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Saya percaya ramai dalam kalangan ribuan penjawat awam menggunakan Waze. Yang membingungkan saya bagaimana mahu memastikan semua yang menggunakan Waze mematuhi arahan. Adakah setiap penjawat awam akan diperiksa seorang demi seorang? Mengambil kira bilangan kakitangan awam yang guna Waze, pelaksanaan arahan tentunya bukan mudah.
Kata MKN, “dari segi pelaksanaan arahan ada caranya tetapi secara umum kita serahkan kepada ketua jabatan masing-masing”. That is not saying much.
Oleh kerana jutaan rakyat menggunakan Waze tentunya larangan kerajaan menarik perhatian ramai.
Pertanyaan ramai ialah why now? Mungkinkah berdasarkan informasi terkini? Jika penggunaan Waze mengancam keselamatan negara dan diri sendri apa lagi yang mengancam ialah Israel, mengapa larangan tidak menyeluruh dan membabitkan semua rakyat, meskipun saya akui ini akan menyebabkan kesulitan.
Menurut Raja Nushirwan, kerajaan mengambil pendekatan berfasa berteraskan pendidikan awam demi mengimbangi tuntutan keselamatan dan kebebasan memilih rakyat. Maka sekarang eloklah kita tunggu ‘pendidikan awam’ yang beliau katakan. Dalam bentuk apa agaknya ia akan disalurkan kepada rakyat?
“Dengan cara yang kita ambil ini kita serahkan kepada rakyat Malaysia untuk memilih secara sendiri,” kata beliau. Terima kasih. Rakyat lain ada pilihan sendiri, tidak seperti penjawat awam.
Menurut Anwar, kerajaan menggalakkan orang ramai untuk menggunakan aplikasi tempatan, TuJu, yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sebagai alternatif bagi keperluan navigasi jalan raya. Jujur saya kata saya tidak tahu akan kewujudan TuJu. Pun begitu semasa menonton Buletin Utama tiga malam lalu, beberapa warganegara yang sudah lama menggunakan TuJu rata-rata puas hati dengan prestasi aplikasi itu.
Apabila Anwar mencadangkan orang ramai guna TuJu, ramai menyambut saranan beliau. Ada lonjakan ketara jumlah pengguna TuJu selepas PMX mengesyorkan pengunaannya. That’s on the upside.
On the downside tercetus gangguan teknikal yang menjejaskan perisian navigasi TuJu. Kata Lembaga Lebuhraya Malaysia ia sudah bekerjasama dengan penyedia aplikasi, Prosignal Consortium, untuk mengenal pasti punca gangguan, memulihkan kestabilan sistem serta meningkatkan kapasiti aplikasi bagi menampung jumlah pengguna yang semakin bertambah.
Bercakap mengenai penyedia aplikasi TuJu, macam-macam spekulasi dalam kalangan orang ramai yang saya tidak cadang menghuraikan, sekadar menyatakan memang biasa apabila kerajaan recommend sesuatu perkara, syarikat yang mengendalikannya akan diletak di bawah mikroskop. Kadangkala ada spekulasi betul dan ada yang bohong.
Apapun if there’s anything good to come out of this Waze issue, it is proof that Malaysia atau lebih tepat rakyat boleh mencipta aplikasi membanggakan. Jika tidak lebih baik, ia setanding Waze. Semakin ramai kenal TuJu maka cepatlah atasi kesulitan. - FMT
Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.