`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, October 23, 2026

‘Tiada kompromi keselamatan negara’, PM mohon maaf jika larangan Waze menyusahkan

 Anwar Ibrahim tegaskan, kedaulatan negara serta keselamatan maklumat peribadi rakyat mesti dipertahankan.

ANWAR IBRAHIM
Terdahulu PM Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan tidak tolak kemungkinan haram sepenuhnya penggunaan Waze di negara ini.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon maaf sekiranya keputusan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze milik entiti rejim Israel bagi penjawat awam di negara ini menimbulkan kesulitan.

Anwar berkata, langkah tegas itu terpaksa diambil demi memastikan keselamatan negara dan rakyat yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

“Saya mohon maaf andai keputusan pengharaman aplikasi navigasi milik rejim Israel (bagi penjawat awam) ini menyusahkan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, lapor Bernama.

“Namun, soal keselamatan negara dan rakyat tidak boleh dikompromi sama sekali kerana kedaulatan negara serta keselamatan maklumat peribadi rakyat mesti kita pertahankan.

Terdahulu, perdana menteri berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan sepenuhnya penggunaan Waze di negara ini.

Langkah itu, katanya, mungkin diambil selepas kerajaan meneliti alternatif bagi menggantikan Waze, termasuk keupayaan tempatan untuk membangunkan aplikasi seumpamanya yang mampu berfungsi dengan baik.

Rabu lepas, kerajaan memutuskan melarang semua penjawat awam menggunakan Waze bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.