`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Wednesday, November 18, 2026

Bukan cadangan Amanah tapi tak pelik pelawa PAS sertai kerajaan, kata Pemuda

 Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda kata cadangan PAS sertai kerajaan datang daripada bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rosli Yaakop.

Hasbie Muda
Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda berkata, kerjasama politik boleh dibincangkan antara parti tanpa mengira prestasi mereka dalam pilihan raya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Amanah menyifatkan tidak pelik jika PAS dipelawa menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sebaliknya mempersoalkan mengapa langkah seumpama itu dianggap janggal oleh parti berkenaan.

Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda berkata, cadangan PAS menyertai kerajaan sebenarnya datang daripada bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rosli Yaakop.

“Itu bukan cadangan dari Amanah sebaliknya oleh ahli PAS sendiri (Rosli). Khalid Samad hanya respon menyokong cadangan tersebut,” katanya ketika dihubungi FMT.

Pada 11 Nov lalu, Rosli yang kembali menyertai PAS selepas bersama Amanah dilapor berkata banyak perkara yang parti itu boleh pelajari daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, khususnya berkenaan pengurusan ekonomi dan diplomasi antarabangsa.

Laman Harapandaily berkata Rosli yakin PAS akan suatu hari nanti mengambil alih kepimpinan kerajaan, namun kerjasama dengan Anwar wajar dilaksanakan sekarang — menggabungkan pengalaman Anwar dalam pengurusan ekonomi dan hubungan antarabangsa dengan perjuangan PAS.

Menyahut perkembangan itu, Khalid yang juga pengarah komunikasi Amanah menggesa PAS menamatkan kerjasama dengan Umno dan beralih menyokong kerajaan pimpinan Anwar. Beliau juga menyambut baik cadangan Rosli, katanya.

Sebaliknya, Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad dilapor menyifatkan gesaan Khalid sebagai melucukan, mengatakan tidak masuk akal ‘parti yang kalah’ mengajak ‘parti yang menang’ menyertai mereka.

Pada PRN Melaka baru-baru ini, Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi, dengan dua daripadanya diperoleh PAS. Amanah pula gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi, manakala Pakatan Harapan (PH) meraih empat kerusi, semuanya disumbangkan DAP.

Namun bagi Hasbie, pelawaan menyertai kerajaan bukan sesuatu yang luar biasa, memandangkan kerjasama politik boleh dibincangkan antara parti tanpa mengira prestasi dalam pilihan raya.

“Tidak pelik (pun kalau) Amanah (yang) pelawa PAS sertai kerajaan. Yang pelik, jika PAS ajak Amanah jadi pembangkang,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.