DAP akan umum kerusi di Sibu, Sarikei, Bintulu dan Miri dalam tempoh seminggu hingga dua minggu.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata kerusi berkenaan ialah Padungan, Pending, Batu Kitang, Kota Sentosa, Batu Kawah, Tasik Biru dan Opar.
“Kami juga sedang mempertimbangkan kerusi Batu Lintang sebagai kemungkinan kerusi kelapan yang akan ditandingi,” katanya, lapor Bernama.
DAP akan mengumumkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi di Sibu, Sarikei, Bintulu dan Miri dalam tempoh seminggu hingga dua minggu, katanya.
Pada PRN 2021, DAP bertanding di 26 kerusi namun pertaruhannya hanya berhasil di Padungan dan Pending.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Nov bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Sarawak ke-13. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.