`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 14, 2018

KU NAN DITAHAN SPRM

TENGKU Adnan Tengku Mansor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas menteri wilayah persekutuan itu ditahan ketika tiba di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya kira-kira pukul 3 petang hari ini.
 yang juga bekas setiausaha agung Umno dan Ahli Parlimen Putrajaya dijangka akan didakwa esok berhubung urusan jual beli tanah yang meragukan melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Bulan lalu, Tengku Adnan berkata beliau dipanggil SPRM sebanyak 12 kali untuk memberikan maklumat berhubung urusan pembelian tanah DBKL di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini.
Beliau memberitahu Parlimen, beliau tiada kaitan dengan kelulusan untuk menjual tanah dalam wilayah persekutuan ketika memegang jawatan menteri itu.
“Ketika saya ambil alih kementerian (Wilayah Persekutuan) pada 2013, saya serahkan urusan tanah kepada Jabatan Perdana Menteri. Saya tiada kaitan dengan kelulusan berkaitan tanah di wilayah persekutuan.
“Ramai yang mengatakan saya tidak dipanggil oleh SPRM. Sebenarnya ssaya dipanggil 12 kali dan saya berikan kepada mereka apa sahaja maklumat yang saya ada,” beritahunya kepada sidang Dewan ketika itu.
SPRM menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat 97 transaksi bernilai RM5.63 bilion, melibatkan 273.27 hektar tanah DBKL.
Sumber SPRM mengesahkan beliau akan ditahan semalaman dan akan didakwa esok berhubung urusan tanah melibatkan DBKL.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM lewat hari itu, suruhanjaya itu berkata Pejabat Peguam Negara telah memberi persetujuan untuk mendakwa Tengku Adnan dan ahli perniagaan Tan Eng Boon berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan penjualan tanah DBKL.
Suruhanjaya tersebut mengesahkan bahawa Tengku Adnan ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 3.25 petang hari ini.
Beliau akan didakwa bersama Tan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 2.30 petang esok, kata SPRM.
THE MALAYSIAN INSIGHT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.