Link : https://youtu.be/170sucHQ0XM
My comments :
Serupa dengan orang yang tidak faham ICERD. Kalau tidak setuju ICERD maksudnya pemikiran yang kurang lebih serupa dengan rejim Myanmar yang membuli dan membunuh orang Rohingya di Myanmar. Myanmar pun tidak setuju ICERD.
Tetapi lepas sembahyang Jumaat begitu ramai kaum dungu yang sudi demonstrasi untuk membantah Myanmar. Kononnya membantah prejudis perkauman Myanmar terhadap Rohingya. Tetapi Myanmar dan engkau orang serupa juga - keduanya menolak ICERD. Malam jadi janda, siang nak jadi dara pula.
Menerima ICERD tidak bermaksud MARA akan ditutup.
Atau Rejimen Askar Melayu akan dibubar.
Atau Perkara 153 dalam Perlembagaan akan terbatal.
Itu hanya penipuan politik lebai jubah yang tidak cukup oksijen mengalir ke dalam otak.
Penipuan simple seperti ini hanya boleh laku apabila penyokong yang dengar itu kurang celik, kurang cerdik, tidak membaca, tidak faham apa pun.
Masalahnya dalam negara kita masih terdapat ramai orang termasuk kategori dungu ini.
Atau Rejimen Askar Melayu akan dibubar.
Atau Perkara 153 dalam Perlembagaan akan terbatal.
Itu hanya penipuan politik lebai jubah yang tidak cukup oksijen mengalir ke dalam otak.
Penipuan simple seperti ini hanya boleh laku apabila penyokong yang dengar itu kurang celik, kurang cerdik, tidak membaca, tidak faham apa pun.
Masalahnya dalam negara kita masih terdapat ramai orang termasuk kategori dungu ini.
Sebiji serupa dengan orang yang masih mahu layan 'penjelasan' pahlawan Bugis di atas. Ramai lagi penyokong dungu tidak faham memaham atau tahu menahu apa sebenarnya 1MDB. Nak tulis angka satu bilion pun tidak tahu. Ini termasuk ahli politik mereka.
Yang mana satu billion : a. 10,000,000,000 b. 100,000,000.00 c. 1,000,000,000
- uMla sekali Najib kata JoLo tidak ada kena mengena dengan 1MDB.
- Kemudian pahlawan pancit kata JoLo ada peranan dalam 1MDB.
- Yang terkini pula JoLo telah menipu 1MDB.
Penyokong dungu boleh terima semua alasan ini, yang dengan sendirinya adalah penipuan. Maka hiduplah pahlawan pancit di laman akhbar dan website, di interview oleh pengarang dan TV. Masih boleh menarik peminat, penonton dan pembaca.
Malang sekali si Pengarang terlupa tanya Najib, jika JoLo lah yang jahat, jika Goldman Sachs lah yang jahat - pasal apa pula Najib tidak melaporkan kepada Polis atau kepada Bank Negara pasal duit misteri RM2.6 Billion yang "tertimbul" secara gedebak-gedebuk dalam akaun peribadinya ? Ajaib bin Ghaib, please explain.
Dalam negara kita, ada lelaki gagah perkasa berani hendak berlawan dengan anak gadis Cina yang menjual beer kepada kaum kerabat Cina dan bukan Islam. Bukan dia nak jual tapai kepada orang Islam pun. Dan ada beribu orang lagi yang sanggup membela lelaki yang berani mencabar anak gadis Cina itu.
Hebatnya keberanian mereka. Tetapi suruhlah mereka menegur pencuri RM40 billion duit rakyat - kecutlah punai dan duri semalu.
Bukan saja Najib tetapi pemegang watak jahat yang lain seperti isterinya, presiden parti, Babuji bekas menteri Wilayah, ketua wanita lembu terlepas kandang, dan ramai pencuri dan penipu lain bukan saja masih berpergian ke sana dan ke sini, berinterview dan berucap di merata tempat tetapi mereka masih diberi sambutan seperti hero dan superstar.
Paling mudah sekali untuk menipu mereka ini.
Dan yang lebih merbahaya adalah syaitan iblis yang lilit kepala dan bercakap agama. Mereka inilah jaguh dunia yang sebenarnya dalam kemunafikan dan penipuan. Kenapa begitu? Sebab walaupun tidak cukup oksigen mengalir ke dalam otak, mereka masih boleh memperdayakan paling ramai manusia.
Itu bukan satu kehebatan mereka. Sedihnya ia mencerminkan kedunguan pengikut mereka.
Ya Allah ya Rahman,
Ihdee-na siraatal mustakeem
Siraatal laziina an'amta alaihim
ghairil ma'dhoo bi-alaihim
waladh dholleen.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.