`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 14, 2018

Salahuddin Ayub Wujudkan Jawatankuasa Khas NOMBOR EMPAT Untuk Putuskan Isu Bernas !!



Kem Pertanian : 4 model baru gantikan monopoli (Bernas) berakhir Jan 2021

Salahuddin kata model itu akan dinilai jawatankuasa khas 8 kementerian

Kami kemukakan 4 model
terpulang kepada j'kuasa khas untuk pilih 
akhirnya model akan dibawa ke Kabinet untuk diputuskan 

kerajaan tidak mahu terburu-buru kenalkan model baru ganti Bernas 
melibatkan soal keselamatan makanan negara.

monopoli Bernas berakhir 2021
ada masa untuk mencari model terbaik

Sebelum ini Salahuddin kata 3 j'kuasa khas ditubuhkan 
dalam usaha menamatkan monopoli Bernas.

Penamatan monopoli Bernas langkah proaktif 
bagi menjamin kestabilan harga beras 
di samping menjaga kepentingan petani


My comments : YB Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian biar saya tulis dalam Bahasa Inggeris dan Melayu lah - lebih mudah dan cepat bagi saya.

First of all Bernas has NO MONOPOLY. 
Please go and check the agreement with Bernas.  
The Bernas Agreement ends in 2021. 
In that agreement there is no EXCLUSIVE MONOPOLY granted to Bernas.

There is NOTHING in that agreement that PREVENTS the Government from granting licenses to other companies and individuals to engage in the rice trade.

If there is, it means the sovereignty of the Government of Malaysia has been restricted by a private company.

Bernas has become a monopoly because the previous government did not allow anyone else other than Bernas to deal in rice (import, export, buying, selling). 
So by default Bernas has become a monopoly. 

It does not mean the government cannot award other licenses to other companies to engage across the full spectrum of the rice trade. 

There is no need to abolish Bernas. Maintain Bernas.

But please open up the market and allow anyone, anyone at all including Bernas to 
  • plant rice, harvest rice, mill the rice, package and sell the rice.
  • import rice, export rice, import an re-export rice etc.
Just break the market open.  Let Bernas also compete in the open market. 

Let the market decide on supply, demand, prices, quantities and so on.

Kerajaan jangan masuk campur berkenaan harga padi dan beras. 

Campurtangan kerajaan dalam pasaran padi dan beras telah mengakibatkan bencana. 

Please read on.

Brother Salahuddin, why do you need FOUR Jawatankuasa Khas  to putuskan isu Bernas?  Banyaknya jawatankuasa. Habis Menteri dapat gaji buat kerja apa? Lantik jawatankuasa saja?

And the latest jawatankuasa consists of EIGHT Ministries?
Let me give you some free advice - depa tak faham bisnes, ekonomi atau apa pun.

Please include the Consumer Associations in the jawatankuasa. 
The consumers must be represented.
Not only Persatuan Pengguna Islam but ALL consumer associations.

And please do not include Bernas in the jawatankuasa.

Harga beras Basmati di Singapura boleh lebih murah daripada harga beras Basmati di Malaysia. How do you explain that?

Tolong jangan jawab macam Najib - kalau harga beras Basmati mahal, boleh makan beras Cap Duku Langsat dengan 5% ke 10% "broken rice" harga RM2.40 sekilo.  Atau boleh makan kangkung, atau kinoa. 

Orang Malaysia kaya. 
Kita bukan miskin. 

Tetapi oleh sebab kerajaan kleptocrat tak tahu urus negara, kita bayar harga mahal untuk beras Basmati (contohnya) yang sepatutnya bukan mahal pun. Sepatutnya semua orang Malaysia sudah cukup mampu makan beras Basmati.

Tak perlu kita makan beras broken rice 5% atau 10% dengan harga RM2.40 se kilo. Itu pun sudah mahal.

Pendek kata kalau kita "over control"  perniagaan atau urusan padi dan beras, maka rakyat kita akan terpaksa bayar harga lebih mahal tetapi untuk beras yang jaub lebih kurang kualitinya. Orang kita miskin dulu. Melayu miskin dulu.

Akhir kalam, YB Salahuddin kata :  "di samping menjaga kepentingan petani".

Ini adalah satu kenyataan yang sangat salah. 
Kita perlu menjaga kepentingan semua 32 juta rakyat Malaysia. 
Bukan hanya kepentingan kelompok ini atau kelompok itu.

Apabila kita menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia maka akan terjaga juga kepentingan petani. 

Tetapi let me explain.

Berapa ramaikah bilangan kaum petani yang menanam padi dalam negara kita? 100,000? 150,000? 

Ustaz Google kata :  "The average Malaysian citizen consumes 82.3 kilograms of rice per year"

Tolong jangan bebankan 31.9 juta rakyat Malaysia yang selebihnya (yang setiap seorang makan 82.3kg nasi setahun) dengan harga beras yang mahal  hanya untuk menjaga kepentingan 150,000 orang petani? This is not fair.  

Sebaliknya ia adalah satu kezaliman besar.

Why do you want to punish 31.9 million with higher rice prices just to sustain 150,000 padi farmers?

Kalau nak bantu kaum petani, tanpa bebankan 31.9 juta pengguna di Malaysia dengan harga beras yang mahal,  Kerajaan boleh memberi bantuan secara terus (direct assistance) kepada para petani.  

Beri mereka bantuan baja, bantuan benih, bantuan sewa atau beli traktor, bantuan kewangan secara direct, bantuan pendidikan anak-anak mereka dsbnya.  

Jangan kacau, jangan mengusik, jangan main dengan harga produk seperti harga padi dan beras. Biarkan pasaran menentukan harga jualan padi dan beras.

Malaysia sekarang 80% 'self sufficient' dalam pengeluaran padi. This number has not changed since Abdullah Badawi. Sebaliknya keluasan tanah padi tidak menambah atau makin kurang. 

Di Kedah, Perak dan Kelantan terdapat banyak kawasan padi yang tidak tertanam. Ini adalah satu pembaziran.  Kementerian Pertanian mesti menangani masalah "pembaziran sumber tanah" ini.  We are wasting our land resources.

Di Kedah dan Sekinchan (Selangor) sudah lama wujud  keadaan di mana petani Melayu menyewa tanah bendang kepada orang Cina dan India yang  mengusahakan tanaman padi. Ramai di antara mereka  jadi kaya sebagai penanam padi.

Petani Melayu sewa tanah kepada orang lain atas banyak sebab termasuk para petani makin usia dan anak-anak mereka sudah berhijrah ke bandar.  Tidak cukup manpower untuk menanam padi.

Tak kisah lah siapa yang menanam padi - asalkan padi ditanam, dituai dan sampai ke meja makan kita dengan harga yang berpatutan.   Kita perlu meningkatkan pengeluaran padi bukan saja untuk mencapai 100% self sufficiency tetapi Malaysia patut menjadi pengeksport padi dan beras ke seluruh dunia.  We must become rice exporters.

Untuk "food security" kita, jika berlaku peperangan, bencana alam dan sebagainya Kerajaan boleh wujudkan "strategic stockpile" bahan makanan asas seperti padi, beras, gandum, tepung gandum dan sebegitu. Look at the United States model on "strategic reserves".  Orang lain pun sudah buat. Tidak perlu mencari consultant atau buat lagi banyak jawatankuasa khas. Kaji saja budaya padi orang Melayu. Kepuk padi itu adalah dalam bahasa dan tradisi Melayu.

Kita tidak perlu kepada Bernas untuk menghantar beras ke meja makan kita. 
Petani, pemborong dan peruncit sudah cukup.

Politik ketuanan dulu kata Bernas adalah perlu untuk 'mematahkan' monopoli kaum Cina yang control perniagaan padi dan beras. 
Pemborong Cina kononnya 'memeras' petani untuk mengaut keuntungan yang lebih.

Tetapi setelah berpuluh tahun dibawah naungan Bernas, seluruh rakyat Malaysia jadi miskin kerana harga beras jadi mahal, kualiti pula rendah.  Dan petani pula masih miskin dan susah. 

Tolonglah - jangan tertipu oleh politik kosong dan jangan menipu orang.

Kerajaan tidak perlu tunggu 2021 untuk mengakhiri monopoli Bernas. There is no such thing. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.