`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 25, 2018

SHAHIDAN NAK BAWA 20 BAS SERTAI DEMO ICERD

Di sebalik pengesahan kerajaan bahawa ia tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), pihak yang membantah konvensyen itu terus menyatakan semangat untuk meneruskan himpunan pada 8 Disember ini.
Hari ini, tokoh Umno Perlis Shahidan Kassim menyatakan komitmennya untuk membawa rombongan daripada negeri itu untuk menyertai himpunan itu.
“Umno dan PAS Perlis akan menyertai himpunan 8 Disember ini, dengan pasukan panglima dan srikandi dengan 20 buah bas.
“Kami pergi demi Islam dan Melayu, demi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Walaupun ada pihak yang bimbang acara itu akan menimbulkan ketegangan, Shahidan yang merupakan bekas pengerusi badan perhubungan Umno Perlis berpandangan sebaliknya.
Selepas menjadi topik perbahasan utama, Pejabat Perdana Menteri akhirnya berkata Icerd tidak akandiratifikasi.
Namun pihak penganjur himpunan, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) berkata ia akan tetap diteruskan dan akan ditukar kepada majlis kesyukuran.
NGO Pertubuhan Ikram Malaysia pula berpandangan ia tidak lagi perlu diteruskan dan menggesa semua pihak kembali bertenang demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.
mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.