`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 20, 2020

2 kawasan di Selayang kena kawalan ketat

Lori askar dilihat berdekatan pasar borong di Selayang, ketika pihak berkuasa bersiap sedia untuk mengenakan kawalan ketat di kawasan sekitar.
PETALING JAYA: Dua kawasan di Selayang, Kuala Lumpur dikenakan kawalan ketat, perintah yang ke-6 sepertinya ketika tempoh kawalan memasuki fasa ke-3.
Berkuatkuasa 20 Apr hingga 3 Mei, kawasan tersebut adalah Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.
Pasar Borong Kuala Lumpur, antara tumpuan utama untuk barangan mentah di ibu negara, tidak ditutup dan masih dibuka seperti biasa, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
“Kita tutup kawasan perumahan,” katanya pada sidang media hari ini.
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) kali ini melibatkan 8 parcel iaitu:
* Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara (Parcel A)
* Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara (Parcel B)
* Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara (Parcel C)
* Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara (Parcel D)
* Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D (Parcel E1)
* Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D (Parcel E2)
* Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B (Parcel E3)
* Taman Batu View dan Taman Batu Hampar (Parcel F)
Ismail memaklumkan kawalan ketat ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan Covid-19. “Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa.”
Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP DBKL di 03-4026 7222 atau Pusat Kawalan IPD Sentul di 03-4048 2212. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.