`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 13, 2020

ALREADY AZMIN CARTEL’S JEALOUS EYES TURN TOWARDS UMNO’S REEZAL – BUT IS THIS A DELIBERATE PLOY BY MUHYIDDIN TO DIVIDE & RULE? REEZAL MERICAN TAK DISENANGI KERANA DIBERI SAMPAI TIGA JAWATAN

UMNO Pulau Pinang kini dikatakan sedang diselubungi perasaan tidak puas hati terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berikutan pemberian jawatan yang terlalu banyak kepada Reezal Merican Naina Merican.
Selain dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, Muhyiddin juga telah memberi Reezal Merican dua jawatan lain baru-baru ini iaitu:-
1. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang dan;
2. Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.
Sehubungan itu, ramai pemimpin UMNO Pulau Pinang berasa tidak setuju dengan tindakan Muhyiddin itu lantaran berasakan sepatutnya salah satu jawatan itu diberikan kepada pemimpin UMNO yang lain, khususnya Musa Sheikh Fadzir yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Sebagai Pengerusi UMNO Pulau Pinang, dirasakan jawatan Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang lebih sesuai disandang oleh Musa berbanding Reezal Merican yang cuma hanya berjawatan AJK UMNO negeri itu.
Mereka juga merasakan tiada kewajaran untuk Reezal Merican “tapau” ketiga-tiga jawatan itu sekaligus kerana ia mungkin menyebabkan ketidakmampuannya memberi tumpuan yang seimbang.
Lagi pula, tambah mereka, tugas sebagai menteri sudah cukup membuatkan Reezal Merican sibuk dengan urusan kementeriannya dan memungkinkan dua jawatan lain yang dipegangnya itu akhirnya kurang diberi perhatian.
Jika itu berlaku, yang rugi akhirnya ialah rakyat Pulau Pinang juga, terutama kaum Bumiputeranya yang masih ketinggalan ketika ini.
Sehubungan itu, mereka mahu Muhyiddin melihat kembali lantikan terhadap Reezal Merican itu serta berlaku adil kepada UMNO yang menyumbang banyak kerusi sehingga tertubuhnya kerajaan PN.
Dalam masa yang sama, geng Azmin Ali yang berada dalam Bersatu juga tidak senang dengan keputusan Muhyiddin memberi dua jawatan tersebut kepada Reezal Merican.
Atas alasan Reezal Merican mungkin lebih sibuk dengan tugasnya sebagai menteri penuh, mereka menuntut agar Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal diberikan salah satu jawatan tersebut.
Kenapa mesti kedua-dua jawatan diberikan kepada Reezal Merican?bantah kumpulan Azmin.
Bukankah kedudukan parti-parti dalam PN adalah berkongsi kuasa? tambah mereka lagi.
Sebagaimana UMNO turut berasa hairan, geng Azmin juga tertanya-tanya tentang pertimbangan yang diguna Muhyiddin sehingga kedua-dua jawatan itu diberikan kepada Reezal Merican.
Apakah istimewanya Ahli Parlimen Kepala Batas itu, sedangkan hierakinya dalam UMNO Pulau Pinang cuma AJK Perhubungan Negeri, selain kedudukannya sebagai wakil rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan juga dikira masih baru?
Jika begini cara Muhyiddin berbahagi harta rampasan perang sesama sendiri dalam kerajaan tebuk atap yang dipimpinnya, kedua-dua kelompok itu melontarkan pertanyaan – mampukah PN ini bertahan lebih lama, tidak berantakan di pertengahan jalan serta terus mendapat sokongan rakyat?
-https://shahbudindotcom.net/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.