`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 7, 2020

MB Perak umum senarai portfolio exco baru

Faizal Azumu berkata pasukannya perlukan kerjasama dan sokongan rakyat Perak dalam mengharungi gelora Covid-19.
PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan senarai portfolio exco kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau mengumumkan tugas-tugas anggota barisan exco baru pada sidang media hari ini, yang terbentuk selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak susulan penyusunan semula tampuk kepemimpinan Putrajaya.
Faizal sendiri menggalas portfolio kewangan, keselamatan, tanah, sumber asli, perancangan ekonomi, syarikat berkaitan kerajaan negeri, dan integrasi nasional.
Portfolio exco yang sudah mengangkat sumpah sehingga kini:
  • Saarani Mohamad – pembangunan luar bandar, pembangunan usahawan, koperasi dan hal ehwal pengguna.
  • Razaman Zakaria – pendidikan, pembangunan modal insan, badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil.
  • Nolee Ashilin Mohamed Radzi – perumahan, kerajaan tempatan, pengangkutan awam dan pelancongan.
  • Shahrul Zaman Yahya – industri, pelaburan dan pembangunan koridor
  • Abdul Yunus Jamhari – pertanian, prasarana, tenaga dan air
  • Mohd Akmal Kamarudin – agama Islam dan penerangan.
  • Wan Norashikin Wan Noordin – pembangunan wanita, keluarga dan kebajikan masyarakat.
Beliau memaklumkan beberapa exco akan memangku portfolio 3 exco yang belum dilantik.
Faizal sendiri memangku kesihatan, Akmal memangku sains, alam sekitar dan teknologi hijau, norashikin memangku komunikasi dan multimedia, manakala Shahrul memangku belia dan sukan.
“Saya percaya pasukan yang dibentuk ini akan bekerja dengan kuat untuk menggalas cabaran-cabaran sedang kita hadapi, tetapi pada masa sama pasukan ini juga memerlukan kerjasama, sokongan dan doa seluruh rakyat Perak dalam mengharungi gelora ekonomi kesan wabak Covid-19,” katanya.
Tujuh exco mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada 31 Mac lalu. Tiga jawatan kosong akan dilantik selepas perintah kawalan pergerakan tamat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.