`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 31, 2020

1,800 perantau balik beraya di Kelantan bebas Covid-19

Pengawasan dan ujian Covid-19 dilakukan di 5 pintu masuk di Kelantan termasuk di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
KOTA BHARU: Sebanyak 1,800 perantau yang mendapat kebenaran masuk ke Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini diuji negatif Covid-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata pihaknya mengadakan pengawasan dan ujian saringan ke atas perantau berkenaan sepanjang 3 hari sebelum sambutan selepas mendapat arahan daripada kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.
“Survelan (Pengawasan) dan ujian itu dilakukan di 5 pintu masuk di negeri ini termasuk di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, sepanjang tempoh 3 hari tersebut.
“Kami yakin tiada jangkitan baru membabitkan perantau yang mendapat kelulusan rentas negeri baru-baru ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Zaini berkata pihaknya turut mengadakan survelan ke atas pendatang tanpa izin di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah dan beberapa penjara di negeri ini.
“Sebanyak 16 sampel diambil di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah dan 30 sampel dari penjara dan semuanya adalah negatif.
“Ia akan dilakukan dari semasa ke semasa bergantung kepada jumlah tahanan yang dibawa masuk secara berperingkat-peringkat,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata seorang ibu mengandung yang pulang untuk bersalin di Kuala Krai menunjukkan tanda-tanda semakin sihat walaupun disahkan positif Covid-19 sebelum ini.
Katanya ujian baru akan dijalankan ke atas pesakit berkenaan pada hari ke-13 bagi mengesahkan sama ada ibu berkenaan masih positif atau sebaliknya terhadap wabak berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.