`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 23, 2020

Lirik lagu raya dendangan Ahmad Jais akhiri ucapan penuh nasihat Muhyiddin

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, Putrajaya tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan pergerakan merentas negeri untuk balik kampung sempena Hari Raya esok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakhiri perutusan khas Aidilfitri yang penuh nasihat buat seluruh umat Islam dengan lirik lagu raya nyanyian Ahmad Jais.
Dalam perutusannya itu, Muhyiddin turut memaklumkan keputusan Putrajaya mengenai garis panduan hari perayan dibuat berdasarkan kepada prinsip maqasid shariah, iaitu memelihara nyawa.
“Kita korbankan sedikit adat atau kelaziman kita demi untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 dan menyelamatkan nyawa kita serta orang di sekeliling kita,” katanya hari ini.
Muhyiddin berkata, Putrajaya tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan pergerakan merentas negeri untuk balik kampung, selain mengingatkan bahawa ziarah keluarga terdekat hendaklah tidak lebih 20 tetamu dalam 1 hari.
“Saya nasihatkan berbincanglah dengan adik-beradik dan saudara-mara, siapa yang boleh datang berziarah ke rumah anda. Ketika saudara-mara kita berada di rumah, pastikan mereka mengamalkan penjarakan sosial. Elakkan bersalaman dan bersentuhan.
“Jaga mak, ayah dan nenek kita yang berusia. Mereka lebih terdedah kepada jangkitan Covid 19. Tidak mengapalah pada Hari Raya kali ini kita tidak bersalam atau peluk cium datuk atau nenek kita,” katanya.
Bahkan beliau turut mengingatkan supaya mengelakkan diri daripada bersesak-sesak di tempat atau ruang yang sempit, serta menjarakkan diri dari tetamu lain.
“Selepas selesai berkunjung ke rumah keluarga terdekat atau melayan tetamu, pastikan anda cuci tangan dan kekalkan kebersihan diri.
“Bagi tuan rumah yang menerima tetamu, bersihkan rumah anda dengan segera,” katanya.
Muhyiddin turut meminta rakyat supaya menggelakkan diri daripada menziarahi pusara kerana kawasan perkuburan biasanya menjadi antara tempat tumpuan pada hari perayaan.
Katanya, keputusan ini penting memandangkan di beberapa negara lain, berlaku peningkatan mendadak jangkitan wabak Covid-19 selepas cuti perayaan berakhir.
“Saya perlu sebutkan perkara ini kerana di beberapa buah negara lain, wabak Covid-19 menular selepas musim perayaan. Kita nak elakkan perkara seperti ini berlaku di negara kita.
“Biarlah kita ambil langkah yang lebih berhati-hati supaya kita selamat di kemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna,” katanya.

Umat Islam menyambut Hari Raya esok setelah berakhirnya bulan Ramadan hari ini dalam suasana baru berikutan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi menyekat penularan wabak Covid-19. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.