Maklumat risikan, mendapati kumpulan etnik Rohingya yang masuk ke negara ini dipercayai membayar RM10,000 hingga RM15,000 kepada sindiket malah kosnya mungkin mencecah RM20,000
(Malaysia Gazette) – “Cukuplah berlembut, lakukan penegasan terhadap isu penyeludupan dan keberadaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk etnik Rohingya ke negara ini,” kata penganalisis jenayah, Shahul Hamid.
Katanya, jika rantaian penyeludupan PATI termasuk etnik Rohingya tidak diputuskan, dibimbangi kesannya pada masa hadapan Semenanjung akan berhadapan situasi sukar dikawal seperti Sabah.
“Ini bukan isu agama tetapi isu jenayah terhadap manusia lain yang berlaku di negara ini, kesannya berlaku lambakan, monopoli pekerjaan, penyeludupan, rasuah di sempadan yang semakin serius.
“Lambakan dan jenayah ini sudah tentu menjejaskan ekonomi negara, tambahan pula dalam krisis pandemik Covid-19, sebahagian rakyat hilang pekerjaan.
“Lihat sahajalah kaum Aceh yang sudah berjaya monopoli sektor peruncitan, masih boleh beroperasi dengan baik malah etnik Rohingya pun masih bekerja di pasar borong sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedangkan sebahagian rakyat kita terpaksa menutup operasi kerana bukan bidang keperluan asas.
“Mereka ambil sedikit demi sedikit peluang kita sehingga ketika sedar kita sudah terlambat dan mereka terus kehadapan meninggalkan kita,” katanya.
Beliau mengulas laporan MalaysiaGazette mengenai usaha untuk menyekat kemasukan pelarian etnik Rohingya dilihat bukan mudah kerana aktiviti ‘perniagaan’ yang wujud disebalik itu dipercayai meraih RM100 juta hingga RM150 juta setahun.
Berdasarkan penyelidikan dan maklumat pelbagai pihak, Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, ramai terlepas pandang kemasukan etnik Rohingya sebagai satu industri penyeludupan manusia yang amat menguntungkan pihak tertentu.
Maklumat risikan, mendapati kumpulan etnik Rohingya yang masuk ke negara ini dipercayai membayar RM10,000 hingga RM15,000 kepada sindiket malah kosnya mungkin mencecah RM20,000 kerana mereka perlu melepasi beberapa sindiket seperti di Myanmar, Thailand untuk tiba ke negara ini dan setelah tiba masih ada pembayaran kepada sindiket di Malaysia.
Mengikut maklumat, sebanyak 90 peratus pekerja sektor 3D di pasar borong Selayang adalah PATI yang mejoritinya merupakan etnik Rohingya dan Bangladesh, ini membuktikan adanya permintaan pasaran yang tinggi dari dalam pasar itu sendiri.
Dalam pada itu, Shahul mencadangkan kerajaan mempermudahkan penghantaran pulang PATI tanpa perlu tindakan.
“Terlalu banyak red tape seperti sebelum ini menyebabkan isu lambakan tidak dapat ditangani, apa yang penting cap jari mereka sahaja sebelum keluar dari negara ini.
“Jika pemutihan nak dilaksanakan oleh kerana kekurangan pekerja di sektor 3D kilang perladangan pembinaan perlu terus kepada majikan tanpa melalui orang tengah atau ejan yang pernah dilaksanakan sebelum ni.
“Sekarang ini dan mungkin beberapa bulan lagi pekerja asing lain tidak boleh masuk kerana Covid-19. Atas dasar ni boleh kerajaan melaksanakan pemutihan. Kita kena bersihkan PATI di negara ini demi kepentingan rakyat dan negara untuk maju dan jaga ekonomi kita.
Beliau juga menyelar tindakan NGO termasuk Tenaganita yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Jabatan Imigresen yang melakukan operasi PATI baru-baru ini.
“Sewajarnya NGO membela nasib rakyat tempatan bukannya membela PATI, tidak perlu pertikai atau halang tugas penguatkuasa sedang melakukan amanah kepada negara.
“Tenaganita sepatutnya mencari mana lagi rakyat kita yang hilang kerja, tiada makan untuk dibantu dan dibela, jangan jadi kera dihutan disusukan anak dibiar kelaparan.
“Benarlah apa yang dikatakan Pakar Anti Keganasan, Dr Mizan, usaha untuk membanteras sukar dilakukan kerana ia perniagaan yang menguntungkan pihak tertentu,” katanya.
Tenaganita hari ini dilaporkan mengkritik operasi Jabatan Imigresen terhadap PATI yang dianggap tidak berperikemanusiaan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi enggan mengulas lanjut isu penyeludupan Rohingya.-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.