Kurang lebih dua bulan sudah saya menerima penulisan berikut menerusi Whatsapp. Nama penulis disebut Coach Bahar, Petani Kampong. Saya ingin rakamkan terima kasih kepada penulisnya dan membuat sedikit ulasan berkenaan topik ini sebab ia adalah sangat penting.
Nukilan kali ini 'sangat' panjang juga tetapi saya galakkan tuan-tuan sudi membaca dan memahami apa yang saya tulis di sini. Ianya melibatkan masa depan ekonomi negara dan masa depan anak-anak kita. Saya juga minta bantuan tuan-tuan yang sudi, untuk forwardkan penulisan saya ini kepada para sahabat dan anak-anak muda.
Sebelum itu sila baca analisa Coach Bahar mengenai :
Penemuan kekayaan baru yang kini harus ditinggalkan
1. Tahun 70an, Malaysia yang tika itu baru menerima kemerdekaan telah menemui kekayaan baru. Kekayaan baru yang saya maksudkan adalah penemuan minyak yang memberi hasil utama kepada negara.
2. Bukan sahaja di Malaysia tetapi terjadi di banyak negara termasuk di Afrika, yang menemui emas. Mereka ketawa terbahak-bahak.
3. Kerajaan tidak perlu bersusah payah dan negara menjadi negara yang banyak duit dari hasil penemuan kekayaan baru itu. Apa tidaknya tak perlu buat apa-apa sedut je minyak dari tanah, diproses dan dijual semula. Tika itu kita bangga dengan kekayaan baru tersebut.
4. Pertanian dan penternakan yang satu ketika dulu menjadi asas kepada negara disepikan sedikit demi sedikit. Negara tidak lagi fokus mengeluarkan hasil pertanian dan penternakan kerana alpa dengan kekayaan-kekayaan baru.
5. Nikmat yang Allah beri di bumi Malaysia ini selama ini tidak dihargai sepenuhnya. Kekayaan negara tidak difokuskan dengan membangunkan asas makanan rakyat. Duit menjadi murah. Pemimpin berfikir, sayur, buah dan daging boleh beli dengan murah dari luar.
Tak perlu dibangunkan. Lebih baik memikirkan dan menumpukan kepada negara industri. Buat kereta, buat kapal selam, nak jadi angkasawan pergi ke bulan, kaji itu dan ini sedangkan apa yang depan mata tidak diurus dengan baik.
6. Industri pertanian menjadi industri yang terkebelakang, tidak selari dengan kemajuan negara yang nak buka kilang kereta terbang. 90% sumber makanan di import dari luar negara. Anak-anak muda di kampung lari ke bandar, malu berkebun di belakang rumah, kotor, kolot dan dipandang kelas rendah.
7. Setiap kali raya korban, lembu tak cukup ambil dari Thailand. Sayur datang dari negara jiran. Sampai kita tak mampu nak bela kambing sendiri. Kambing akikah pun kita import dari Australia berkontena sampai sekarang.
8. Bila dah senang, idea-idea cepat kaya timbol. Baik tanah di kampung ditanamkan sawit. Sekarang mereka tebang sawit dan tanam musang king. Lepas ni tak tahu mereka tanam apa lagi cepat kaya, ganja kot boleh.
9. Kajian demi kajian dari universiti dan agensi jadi kajian atas kertas yang tidak turun ke masyarakat. Jadi rahsia mereka dan berbangga dengan kertas kerja dan thesis setebal batu bata tetapi langsung tidak boleh digunakan di bawah.
10. Yang lepas jangan dikenang. Jangan disalahkan sesiapa lagi. Kini kita sudah di zaman 'kebiasaan yang baru'. Kita perlu banyak bekerja dari banyak bercakap.
11. Hasil pertanian dan penternakan negara penting. #WabakCorona memberi kita pengertian sebenar yang kini kita perlu menjaga diri kita. #KitaJagaKita. Kita perlu keluarkan hasil penternakan dan pertanian yang maksimum untuk negara kita dan rakyatnya. Kita perlu merancang dan melaksanakan sebaik mungkin. Kita perlu gunakan kajian yang tersimpan berpuluh tahun dalam peti besi. Dibongkar dan digunakan.
12. Turun ke bawah, ajarkan petani kita bagaimana menghasilkan hasil pertanian yang tinggi. Tingkatkan mereka dengan ilmu. Beri mereka dron untuk pantau dan membaja. Hentikan peruntukan buat reban, beri baka lembu, beri anak pokok, beri baja sabsidi. Itu cara 100 tahun dulu.
13. Galakan orang kampung buat pertanian berkelompok. Buat satu kampung satu pertanian atau satu penternakan. Aturkan orang ni buat makanan lembu, orang ni jaga anak lembu, orang ni gemukan lembu. Buat rantaian industri pertanian. Baru boleh jadi.
Beri orang kampung teknologi dan dalam masa yang sama kawal harga kebun, harga pemborong. Jangan ada orang tengah yang jadi penyangak. Beli cili sekilo RM6 dari pekebun jual RM20 sekilo dipasar.
14. Tamatkan penyelewengan
ini bukan nasihat. Ini cuma luahan dari seorang anak kampung. Bukanlah pandai sangat tapi kerajaan perlu mengambil berat dengan masa depan. jadilah dan hiduplah dalam realiti. Jika kekayaan-kekayaan itu satu harinya nanti habis seperti bijih timah, bijih besi yang dulu menjadi hasil bumi utama kita. Tidak mustahil minyak yang kita gali ini lama-lamanya juga habis.
15. Rakyat disuruh susah, kerajaan juga perlu berfikir ' kita dizaman susah '. Hentikan pembaziran yang mengarut. Nak impot ini dan itu. Apa yang depan mata kita pun kita belum habis buat secara maksimum.
Coach Bahar
#PetaniKampung
My comments :
Thank you Coach Bahar.
Dari awal lagi Dr Mahathir kurang minati pertanian pengeluaran bahan makanan. Saikoloji Dr Mahathir anti pertanian sebab sewaktu kecil dulu Dr Mahathir amat tersentuh melihat dengan mata sendiri betapa miskin dan mundur kaum petani di Kedah. (Rujuk "Malay Dilemma", "Doctor in the House"). Jadi bagi Dr Mahathir pertanian dan petani itu sinonim dengan kemiskinan dan kemunduran. Ini adalah satu tanggapan salah dalam fikiran Dr Mahathir sewaktu muda dulu mungkin sebab Dr Mahathir hanya melihat kaum petani Melayu yang rata-ratanya miskin.
Pada visi Dr Mahathir orang Melayu harus sasarkan angkasa lepas. Lalu disewa roket Rusia untuk membawa 'astronaut segera' ke angkasa. Dan yang tumpang seronok pula kaum lebai yang dapat peruntukan untuk mencetak buku 'cara sembahyang di angkasa lepas'. Buku yang tidak laris dijual di kedai buku sebab pembacanya seorang sahaja - 'astronaut segera' itu.
Tuan-tuan, Indonesia adalah bumi yang lebih bertuah dengan kekayaan minyak, ladang, kebun, sawah, galian, balak, tanah hitam gunung berapi yang tersubur sekali dalam dunia, sungai yang besar, lautan biru, pulau ajaib dengan pasir putih, cuaca dan iklim yang baik. Serupa dengan negara kita tetapi berlipat kali ganda khazanahnya.
Tetapi apakah nasib hampir 275 juta warga Indonesia? Mereka masih sanggup bertarung nyawa terjun ke dalam laut di luar pantai Johor dan Selangor untuk masuk ke Malaysia sebagai PATI. Maksudnya bumi itu bertuah bukan sebab kekayaan yang tertanam bawah tanah tetapi tuah itu bergantung kepada menyusun dan mengusahakan ekonomi negara dengan bijak.
Orang Thai majoritinya beragama Buddha yang kurang makan lembu. Tetapi ini tidak menghalang orang Thai menjadi pengeluar lembu yang diekspot ke Malaysia. Atau di smuggle masuk ke Malaysia. Dan di negara kita sebuah keluarga yang dulu smuggle lembu dari Thailand sekarang sudah jadi billionaire.
Sebabnya adalah :
a) mereka pandai smuggle lembu Siam
b) orang Siam pandai ternak lembu
c) a dan b.
Sekarang saya akan beralih ke bahasa Inggeris sedikit ok. Senang sikit nak buka cerita.
Coach Bahar has written about food production. Recently in the stimulus package the government announced about RM800m ++ for the growing of cash crops - vegetables and such with a harvest period of three to four months. This was at the beginning of the MCO to anticipate shortages in vegetables.
But where exactly was this money targeted ? I dont have the details but from past experience I can guess that it was targeted at mostly Malay / bumiputra farmers who have land or access to land. Or they might not. I see it basically as a method to channel money to Malay / bumiputra farmers. Another BR1M scheme. Sayur jadi tak jadi lain kira.
Well 68 days have passed since the MCO - so does anyone know how much vegetables have been newly planted? Or way before that how much of that RM800.0m vegetable growing money has been disbursed?
If you have been reading my previous posts I would like to go back to what I said earlier about 'using the assets that you have".
When you want to start a business, plan your future, look for a new job, plan the future of the country, plan the economic policy etc always look first at the assets that you already have. The assets that you have are already your strengths. (That is why you have them lah. Aset kita itu mencerminkan kekuatan kita, kemahiran kita. Kalau kita boleh kumpulkan aset / harta maksudnya kita sudah punyai kemahiran atau kepakaran mengumpul dan menjaga aset itu.)
1. Cameron Highlands
So now lets go to Cameron Highlands. Cameron Highlands dengan beribu ekar kebun sayur, kebun bunga dan kebun buah - buahan sudah lama jadi aset negara kita, sejak 1930. Sila lihat gambar berikut :
(Atas) buah anggur, (tengah) bunga lavender (?), (bawah) sayur kobis (cabbage) hasil dari Cameron Highlands yang dijual dalam negara dan juga diekspot ke Singapura, Hong Kong dan Eropah.
Serupa atau lebih cantik daripada kebun bunga di Holland, tanaman anggur di Mediterranean dan kebun sayur di California. Inilah Cameron Highland - aset negara kita yang bukan saja cantik tetapi sangat produktif.
Cameron Highlands sudah pun menjadi kawasan tanaman teh (tea plantation), kebun bunga dan kebun sayur yang sudah proven to be successful.
Daerah Cameron Highlands seluas 712 sq km adalah khazanah negara kita atau aset negara kita yang begitu produktif sekali.
Jika negara kita kekurangan bekalan sayur maka cara yang paling mudah, murah, berkesan dan produktif ialah untuk membantu kawasan Cameron Highlands meningkatkan lagi pengeluaran sayur dan buah-buahan.
Saya sebut demikian bukan sebab saya Wakil Rakyat bagi Cameron Highlands tetapi saya cuba gunakan common sense.
This is the easiest method to increase vegetable and fruit production in the country. Instead of putting RM800 million elsewhere to grow sayur entah apa, tak tahu jadi tak jadi, tak tahu ada ke tak ada, entah ya entah bukan and burning RM800 million tax payers money - which is in increasingly short supply. (Contohnya duit RM30 juta untuk beli face mask Covid pun sudah jadi cerita panjang).
The more effective thing to do - and according to the economics textbooks as well - is to invest in those areas that are proven to produce fruits and vegetables. It will be cheaper, easier, more productive to invest more in a proven and successful food growing area like Cameron Highlands. Success is almost guaranteed.
How do we know this? Because since 1930 (90 years) Cameron Highlands has been growing vegetables and fruits for Malaysia, Singapore and for export.
But "politically" there lies another "problem". Cameron Highlands is populated with mainly Chinese and Indian farmers.
- DEB atau Dasar Ekonomi Bebal yang tidak patuhi apa-apa jenis hukum ekonomi pun melabur duit negara mengikut bangsa, agama, bahasa dan sebagainya.
- DEB sepatutnya diberi nama yang lebih sesuai seperti Dasar Agih Duit Ikut Bangsa.
- Sebab tentu sekali DEB itu BUKAN dasar ekonomi.
- Jangan salah faham ok.
- DEB itu tidak terjumpa dalam sebarang buku ekonomi.
Sebab itulah sesudah 50 tahun pun DEB masih gagal, gagal dan akan terus gagal.
There is no need for RM800 million. Just imagine kalau RM200 juta saja dilaburkan di Cameron Highlands untuk meluaskan jalan yang sempit berbelit itu sudah tentu produktiviti Cameron Highlands akan meningkat lagi.
Atau jalan tar dibuat naikki bukit, jambatan konkrit dibuat merentas lurah dan gaung maka ia akan meningkatkan hasil sayur dan buah-buahan Cameron Highlands.
Dan berikanlah petani Cameron Highlands tempoh tanah pajak (leasehold land) yang lebih munasabah.
The present leasehold land is for THREE years only.
The farmers cannot invest sufficient equipment and irrigation systems when they do not have land tenure.
The financial payback period on equipment (automatic harvesting equipment, conveyor belts, drip irrigation etc) can be more than three years.
If the farmers have longer tenure on the land - say 30 years leasehold - then they will be able to plan their expansion and increase production accordingly.
So we will not have to read silly news like this (from Cameron Highlands) :
- National Security Council detected 8 agricultural areas here, which were “whitened” under Phase 1 of the Ops Gading operation last year, to have been re-cultivated illegally.
- MKN Secretary Alias Ahmad said MKN also found three new areas, covering 7ha, encroached for same purpose.
- Under the Ops Gading, we ‘whitened’ 83% of illegal farming.
Patutlah Makcik Kiah complain harga sayur sudah naik. Rupanya MKN buat kerja mencantas untuk 'putihkan' kawasan tanaman sayur secara haram.
But since when did it become the job of the MKN to become grass cutters and weed pullers? What happened to the local authorities? Plus they are not planting ganja. They are planting vegetables. When did planting vegetables become a threat to national security?
Anyway, balik kepada storyline kita, dalam keadaan sekarang di Cameron Highlands penanam sayur terpaksa keluarkan banyak belanja sendiri untuk mengatasi ketiadaan infrastruktur seperti sistem saliran air, tiada jalan tar di pedalaman dan tiada cukup lot tanah untuk menanam sayur.
Mereka terpaksa menggunakan lebihan baja kimia dan ubat serangga untuk percepatkan tumbuhan pokok dan sayuran sebab mereka hanya mempunyai tanah pajak tiga tahun (three year leasehold land). Semua ini meningkatkan kos pengeluaran dan akibatkan harga jualan yang mahal. Maka Makcik Kiah pun terasa juga belanja pasar makin mahal. Harga sayur pun sudah mahal. (Baja kimia yang berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan orang yang makan sayur itu.)
Tetapi perkara yang lebih merugikan ialah kos yang tinggi (sebab tiada cukup infrastruktur) menghalang petani Cameron Highlands daripada majukan lagi penanaman sayur, buah-buahan dan bunga-bungaan.
Jika kita menambahkan sedikit pelaburan di Cameron Highlands bayangkan peluang pekerjaan baru yang akan seterusnya wujud bagi semua penduduk negara - bukan saja penanam sayur Cina dan India. Kerja lojistik, perbankan membiayai ekspot impot, perkapalan, penerbangan, packaging dan banyak lagi. Trickle down effect dan spillover effect akan menguntungkan keseluruhan ekonomi negara kita.
Dan yang akan mendapat peluang kerja baru ini anak Makcik Kiah juga yang sekarang pula jadi Mat Lajak, Mat Rempit dan Mat Grab Food - termasuk mereka yang lulus university.
Tambah lagi bila ekspot negara meningkat maka nilai Ringgit Malaysia akan turut meningkat.
Ingat tuan-tuan the head bone is connected to the neck bone, which is connected to the shoulder bone, to the backbone, the hipbone sampai ke leg bones. Semuanya connected. Kita semua terhanyut sekali dalam Noah's Ark.
And the greatest benefit accrues to Makcik Kiah when she goes to the pasar. First Makcik Kiah akan jimat duit belanja pasar sebab harga sayur dan buah akan stabil. Atau pun kurang volatile - tak pula satu hari naik, satu hari turun (seperti harga tomato, cili dsbnya). Kedua - dan ini lebih penting - Makcik Kiah akan mempunyai lebih banyak pilihan sayur dan buah-buahan untuk dibeli di pasar.
2. Hasil padi yang tertinggi di seluruh dunia - 13 tan metrik satu hektar
Satu lagi contoh ialah kes menanam padi. Negara kita sudah pun mempunyai kawasan padi yang cukup luas - lebih daripada cukup untuk keperluan padi dan beras negara kita. Tetapi negara kita masih impot 20% - 30% daripada keperluan beras dari luar negara. Pada tahun 2000 ada juga GLC membuat cadangan hendak membuka tanah padi yang baru seluas 30,000 ekar di Sarawak. Tetapi sampai hari ini (20 tahun kemudian) rancangan itu pun tak jadi. Di Sarawak ramai penduduknya adalah Iban dan Kristian. Sorry lah.
Per capita rice consumption atau memakan nasi oleh setiap individu makin berkurangan di Malaysia. Sebab makin ramai makan roti, roti canai, mee dsbnya. Tetapi jumlah besar (total rice consumption) masih bertambah. Sebab bilangan penduduk negara bertambah.
Sejak berpuluh tahun pengeluaran padi negara menurun tanpa henti. Malaysia masih menimpot 20% - 30% keperluan beras dari Vietnam, Thailand, China dsbnya. Sebab yang utama ialah ramai anak muda di kawasan padi tidak mahu mengerjakan tanah sawah.
Dan yield per hectare atau hasil padi bagi setiap hektar tanah sawah pun makin menurun. Pada tahun 2010 average yield bagi sawah di Malaysia antara 3 - 5 tan setiap hektar :
Yang latest pula, data tahun 2018, menunjukkan yield per hectare menurun lagi, sekitar EMPAT tan metrik setiap hektar sahaja.
Kecuali di satu tempat di Malaysia ia itu di Sekinchan, Kuala Selangor di mana terdapat ramai petani Cina dan juga India yang menanam padi.
Ramai orang tidak tahu bahawa kawasan sawah di Sekinchan, Selangor menghasilkan pengeluaran padi bagi setiap hektar (yield per hectare) yang mungkin tertinggi di seluruh dunia ia itu 13 tan metrik bagi setiap hektar. Dan pengeluaran padi yang sangat banyak ini adalah hasil usaha petani Cina dan India di Sekinchan.
Petani Cina dan India di Sekinchan, Selangor sudah pun menghasilkan sehingga 13 tan metrik padi bagi setiap hektar, berbanding dengan 3 - 5 tan sahaja bagi petani Melayu. Maksudnya produktiviti petani Cina adalah 3 - 4 kali ganda produktiviti petani Melayu.
Sekinchan juga telah mengalahkan negara China di mana yield per hectare di China kurang daripada SEMBILAN tan metrik setiap hektar (5 - 8.8 tons/hectare).
Jadi untuk menampung keperluan padi dan beras negara, perkara yang lebih mudah ditangani bukan menambah keluasan tanah sawah tetapi menambah output atau hasil padi bagi setiap hektar tanah sawah.
Cuba bayangkan jika semua kawasan sawah yang sedia ada dalam negara kita boleh mengeluarkan hasil TIGA atau EMPAT kali ganda pengeluaran padi yang terdapat sekarang. Bukan saja bekalan padi akan cukup tetapi negara kita boleh mengekspot padi ke negara lain. Nilai matawang Ringgit akan lebih kukuh.
Lebih baik dan lebih mudah untuk menambah kawasan tanah sawah untuk diusahakan oleh petani Cina dan India !! Mereka boleh menghasilkan 13 tan padi bagi setiap hektar.
Dan perkara ini sudah pun berlaku tetapi secara kecilan. Di Kedah contohnya petani Cina telah lama sewa tanah sawah orang Melayu untuk di tanam padi. Di Sekinchan pun ada juga petani Cina dan India yang menyewa tanah sawah orang Melayu untuk ditanam padi.
Apakah alternatifnya?
What is the alternative?
Alternatifnya Malaysia boleh mengimpot 20% - 30% keperluan beras dari Vietnam, Thailand, China dsbnya. Ini yang sedang berlaku.
Isnt that a stupid thing to do?
Nilai Ringgit Malaysia makin merosot kerana produktiviti negara kita makin merosot.
Oleh kerana kebanyakan tanah sawah kita hanya menghasilkan 3 - 5 tan metrik padi / hektar maka kita terpaksa menggunakan Ringgit Malaysia untuk membeli beras dari Vietnam, Thailand dan China.
- Anak Makcik Kiah yang lulus ijazah pertanian, agri-business, agronomy dsbnya dari universiti tempatan menganggur (atau jadi Grab Food delivery) sebab pengeluaran padi negara makin merosot.
- Anak Madam Pham Van Dong di Vietnam pula naik pangkat dan naik gaji sebab lagi banyak kilang padi perlu di Vietnam untuk memproses beras yang diekspot ke Malaysia.
Tuan-tuan kenapa perkara bodoh macam ini masih berlaku? Sebab dalam negara kita DEB atau Dasar Ekonomi Bebal bertujuan AGIHKAN peluang hidup mengikut bangsa, bahasa, agama dan sebegitu. Bukan mengikut hukum-hakam ekonomi atau mengikut keperluan produktiviti.
Tuan-tuan, percayalah petani Malaysia yang boleh menghasilkan 13 tan metrik padi bagi sehektar tanah itu adalah aset negara kita - tak kiralah mereka berbangsa Cina, India atau Melayu. Mereka adalah sebahagian daripada khazanah negara kita.
Bukan bermaksud bahawa kerajaan tidak perlu membantu orang Melayu atau orang yang berkeperluan. Tetapi cara common sense dan cara pintas untuk menjayakan sesebuah negara ialah jangan menjadi penghalang kepada orang yang sudah proven atau telah dibuktikan boleh menghasilkan padi, mengeluarkan produk, boleh menjayakan tanaman dan dsbnya.
Ianya lebih baik dan sangat menguntungkan bagi semua penduduk negara kita, termasuk Makcik Kiah serta seisi keluarga, jika kerajaan membantu dan mudahkan urusan sesiapa pun yang boleh menghasilkan produk dan memenuhi keperluan negara. Terutama sekali orang yang sudah proven successful, tanpa kira bangsa, bahasa atau agama.
3. Perikanan di Kuala Selangor - Satu Lagi Aset Negara
Sila lihat gambar berikut :
Gambar di atas adalah jeti Kampung Tekek. Jeti yang besar dan kukuh ini dibina lebih 20 tahun dulu. Kampong Tekek adalah kawasan Melayu di mana wakil rakyat pun orang Melayu (Umno) sejak negara kita Merdeka.
Jeti yang besar itu tentu menelan belanja berpuluhan juta Ringgit. Ini adalah kawasan pelancongan dan peranginan dan bukan kawasan perikanan. Saya telah melawat Kg Tekek hampir 20 tahun dahulu dan kemungkinan besar saya tidak akan melawati kawasan ini lagi. There is nothing much going on there.
Walaupun terdapat pengusaha chalet, hotel dan penjual tiket feri saya rasa sumbangan kawasan ini kepada GDP ekonomi negara masih terhad. Hanya orang besar yang mendapat projek membina jeti besar itu mungkin sudah jadi jutawan di Kuala Lumpur.
Samada ianya memberi kesan besar atau kecil kepada GDP ekonomi negara, pembinaan jeti yang besar dan moden seperti ini adalah sangat perlu. Inilah disebut kemajuan infrastruktur yang perlu dimajukan di seluruh pelusuk negara kita.
Gambar di bawah ini pula adalah Jeti Selat Lubuk Chempedak. Jeti ini juga adalah besar dan kukuh dan mesti menelan belanja beberapa juta Ringgit untuk membinanya. Dan orang besar yang mendapat projek membina jeti ini pun mungkin sudah kaya.
Jeti yang besar ini digunakan oleh penduduk tempatan dan oleh pelawat dan pelancong. Jeti ini juga terletak di kawasan Melayu di mana wakil rakyatnya adalah orang Melayu sejak zaman Merdeka. Kawasan sekitar Selat Lubuk Chempedak itu ok saja. Orang kampong menjadi pengusaha tempatan dan membuat kerja kampong. Jadi sumbangan terhadap GDP negara begitu sajalah. Insya Allah semoga segala usaha mereka akan maju lagi.
Sekarang kita berbalik ke Kuala Selangor. Kuala Selangor adalah sebuah bandar di tepi muara Sungai Selangor.
Di sekitar Kuala Selangor ini terdapat fishing village atau perkampongan nelayan di mana ramai penduduknya adalah Cina. Dan rata-rata mereka terlibat dalam perikanan dan industri sokongan perikanan seperti membuat bot, repair bot dan enjin bot nelayan dsbnya. Juga menjual alat bot nelayan, pukat dsbnya. Juga industri restoran makanan laut (seafood) yang famous.
Sejak berpuluh tahun Kuala Selangor telah menjadi pusat perikanan laut dan pusat mendarat tangkapan ikan dari Selat Melaka hingga ke Laut Jawa. Kebanyakkan pasar di Selangor, WP Kuala Lumpur hingga ke Negeri Sembilan dan selatan Perak mendapat bekalan ikan dari Kuala Selangor juga.
Pendek kata bekalan ikan dari Kuala Selangor memberi kesan besar kepada belanja pasar Makcik Kiah seluruh negara.
Oleh kerana industry perikanan Kuala Selangor sangat maju (juga industri kelapa sawit) maka kita boleh menjumpai cawangan hampir semua bank di Kuala Selangor yang berebut untuk menerima deposit wang tunai daripada bot nelayan dan pemborong jual beli ikan. Bank-bank itu kemudian menggunakan wang deposit tunai itu untuk membuat pinjaman housing loan, pinjaman membeli bot, pukat, enjin dsbnya kepada bot nelayan dan taukeh ikan.
Jadi industri bank pun kongsi untung daripada industri perikanan Kuala Selangor. Bukan saja pihak bank untung tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada pegawai bank, manager bank dan ramai lagi. Semuanya adalah hasil sampingan daripada industri perikanan di Kuala Selangor juga. Ingat ya - the headbone is connected to the neckbone which is connected to the shoulder bone which is connected to the backbone dsbnya.
Tentu sekali industri perikanan di Kuala Selangor menjadi sebahagian daripada aset negara kita. Tetapi perikanan di Kuala Selangor ini adalah usaha majoriti Cina atau ramai orang Cina. Jadi sila lihat gambar berikut yang menunjukkan keadaan fishing village Cina di Kuala Selangor pada hari ini :
Atas : Jeti buruk papan dan kayu zaman Jepun
Bawah : Pelabuhan bot nelayan tertinggal zaman
Berbanding dengan Jeti Kg Tekek dan Jeti Selat Lubuk Chempedak keadaan di fishing village Cina Kuala Selangor ini seolah tidak berubah sejak zaman Jepun lagi.
- Padahal perikanan di kawasan ini memberi kesan yang sangat besar terhadap perbelanjaan pasar Makcik Kiah.
- Juga menampung begitu banyak cawangan bank dan peluang pekerjaan bagi pegawai bank (yang juga anak Makcik Kiah).
- Belum kira lagi sumbangan pembayaran cukai oleh industri perikanan yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan - contohnya membina jeti besar di Kg Tekek dan Jeti Selat Lubuk Chempedak.
Tuan-tuan,
Kita sering tidak sedar apa sebenarnya aset negara.
Apa sebenarnya khazanah negara?
Kita langsung tidak faham konsep bumi bertuah.
Bumi Indonesia lagi besar, hutannya lagi luas, lautannya lagi dalam.
Tetapi masih tidak membawa tuah kepada berjuta watan Indonesia.
Dasar politik perkauman diberi nama samaran 'Dasar Ekonomi Baru'.
Padahal dasar itu tidak terjumpa dalam sebarang buku atau teori ekonomi.
Biar saya ulangi sedikit daripada pemikiran Coach Bahar :
3. Kerajaan tidak perlu bersusah payah dan negara menjadi negara yang banyak duit dari hasil penemuan kekayaan baru itu. Apa tidaknya tak perlu buat apa-apa sedut je minyak dari tanah, diproses dan dijual semula. Tika itu kita bangga dengan kekayaan baru tersebut.
4. Pertanian dan penternakan yang satu ketika dulu menjadi asas kepada negara disepikan sedikit demi sedikit. Negara tidak lagi fokus mengeluarkan hasil pertanian dan penternakan kerana alpa dengan kekayaan-kekayaan baru.
kerajaan perlu mengambil berat dengan masa depan. jadilah dan hiduplah dalam realiti. Jika kekayaan-kekayaan itu satu harinya nanti habis seperti bijih timah, bijih besi yang dulu menjadi hasil bumi utama kita. Tidak mustahil minyak yang kita gali ini lama-lamanya juga habis.
Malangnya ini sudah pun berlaku. Bijeh timah, besi dan bauxite semuanya sudah jatuh harga dan pasarannya. Kini tiba giliran harga minyak sedunia. Bahan asas lain seperti minyak sawit dan getah juga menanggung risiko yang tinggi.
Jadi selama 50 tahun ini bukan saja kita gagal membina daya saing dan sumber kekayaan baru tetapi kita juga telah merosakkan dan membantutkan perkembangan aset-aset negara kita yang sedia ada.
Tanpa gangguan dan kerasukan hantu "kereta nasional" kemungkinan besar industri kereta kita sudah mengatasi industri kereta Thailand dan Indonesia sekali. Kemungkinan besar industri kereta kita mengekspot kereta dan enjin bernilai berbilion Ringgit setiap tahun. Matawang Ringgit Malaysia akan lebih kukuh. Dan mewujudkan beratus ribu peluang pekerjaan bagi engineer, technician dan anak-anak Makcik Kiah yang lain. Sebaliknya kita mengikuti dasar dunggu kereta nasional yang memiskinkan orang Melayu dulu dan akhir sekali bankrap dan dijual kepada orang China juga.
Jika kita telah memberi tumpuan yang lebih sedikit sahaja kepada potensinya, saya yakin bukan sahaja Cameron Highlands boleh menandingi Holland dan Switzerland tetapi lebih penting ialah kawasan bergunung itu mampu menjadi penjana ekonomi tersendiri yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada beratus ribu atau berjuta anak muda Malaysia - dalam bidang pertanian, biotechnology, agronomy, horticulture, hotel dan tourism - yang majoritinya adalah anak pinak Makcik Kiah.
Jika kita memberi fokus dan sedikit bantuan kepada penanam padi Cina dan India, selain daripada petani Melayu juga, kemungkinan besar negara kita sudah menjadi pengekspot padi dunia.
Begitu juga Kuala Selangor, Kuala Sepetang dan kawasan lain patutnya sudah jadi pusat perikanan dan pusat pemprosesan makanan laut yang moden bagi pasaran dunia. Dengan kewujudan beratus ribu peluang pekerjaan kilang pemprosesan untuk anak-anak muda kita yang graduate daripada universiti-universiti tempatan.
Dan apabila pelaburan dalam negara kita sendiri oleh rakyat negara kita sendiri berhasil dan berganda maka segala modal, duit dan keuntungan itu akan dilaburkan semula dalam ekonomi negara kita. Duit itu akan berpusing dalam negara kita juga - untuk membuka lebih banyak lagi peluang ekonomi. Lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang akan diwujudkan. Ringgit Malaysia akan lebih kukuh.
Sebaliknya kita terjebak dalam penipuan politik sempit dan penipuan pemikiran sempit yang menggilakan projek mewah bagi orang besar yang sedikit saja bilangan mereka.
Peranan rakyat majoriti diremehkan - sila pangkah petak yang berkenaan untuk memberi kekayaan kepada puak yang sikit itu.
Akhir kalam tibalah Makcik Kiah di stesen bas yang gelap dan hitam pada malam buta yang berguruh dan beribut. Bas sudah rosak. Syarikat bas sudah bankrap. Jadi malam ini bas tidak akan tiba. Makcik Kiah tidak boleh ke mana pun. Tapi Makcik Kiah belum faham - esok pun bas tidak akan tiba.
The bus is not coming. Makcik Kiah can check out anytime but she can never leave.
KAHKAHKAHKAHKAHKAH
ReplyDeleteJanji bukan yang kafir menerajui kemajuan negara walaupun negara bak hari ranap hangus atas maruah dan kebangaan ugama dan bangsa.
I am not here commenting because I have hope for this country,on the contrary, I am here to witness the blatant destruction by the bangsawan pembela melayu.
What OSTB has put forth is nothing new. It has been the fact since after Merdeka but majority chooses to ignore and act bodoh. It will be your undoing. Allahuakhbar indeed.
KAHKAHAKHAKHAKHAKHA
Saya terima pandangan tuan yang amat baik Rakyat sering pening kepala dengan sikap Ahli-ahli Politik. Tak kiralah samada Kerajaan A, Kerajaan B atau Kerajaan C, mereka hanya berfikir untuk kepentingan peribadi bukan rakyat. Jika kepentingan rakyat - kita tidak mengikut bangsa atau warna kulit. Contoh Nelayan Cina perlukan Jeti yang moden kita mesti sediakan walaupun kawasan itu walaupun mungkin bukan penyokong parti kita. Contoh jika kita binakan jeti yang moden tetapi di perkampungan Orang Asli yang kurang berpendidikan - mungkin jeti akan rosak begitu sahaja. Contoh nya sebuah dewan di perkampungan Orang Cina digunakan sebaik mungkin tetapi dewan di perkampungan Melayu kadang usang begitu sahaja.
ReplyDeletePeruntukan kewangan untuk pertanian adalah besar. Tetapi banyak menipulasi oleh orang-orang atasan yang sewajibnya bertugas membantu petani. Tetapi pegawai pertanian Melayu adalah mereka adalah golongan pegawai berkolar putih. Kadangkala mereka ada kepentingan peribadi. Contoh Jabatan Pertanian menggalakkan tanaman cili fitigerasi untuk 1000 pohon petani kena bermodal RM10000.00 Padahal petani Cina dengan modal begitu menanam 2 ekar tanaman lada siap jentera dan paling tidak boleh menanam 5000 ke 7000 pohon lada kalau 1 pohon boleh keluar 1kg - boleh dapat 5000 ke 7000 kg kalau harganya RM10/kg petani Cina itu boleh dapat RM50000 Ke RM70000.00 kalau gagal petani tersebut masih ada jentera pertanian boleh menanam tanaman lain - contoh terung atau bendi - dan kalau harga sayuran tersebut berharga RM5.00 petani tersebut masih boleh mendapatkan lava sebanyak RM25,000.00 hingga RM35,000.00 tetapi petani Melayu yang guna sistem fertigasi itu kena tukar semua polibeg dan sabut kelapa yang jadi asas. Kos paling murah pun RM3000.00 ke RM4000.00 kalau dia tanam terung atau bendi dan cuma dapat RM5000.00 Tetapi jika buat Fertigasi itu buat sendiri modalnya tidak habis RM2000.00 - tetapi pegawai pertanian memang tidak akan membenarkan mesti guna khidmat kaunseling. Inilah yang sering menghantui petani. Kerana dimana pun ada hantu mesti manusia tidak akan tenteram, tak kira samada Cina, Melayu atau India.
Sekarang ini Pati ( Bangladesh dan Pakistan sudah mula memasuki bidang ini -; takut nanti Orang Cina, India dan Melayu hanya tahu beli sayur dari mereka.