PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata perbincangan mengenai perjanjian 2 hala Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura dilanjutkan sehingga 31 Julai ini.
Beliau berkata lanjutan itu adalah 3 bulan selepas tarikh yang sepatutnya dimuktamadkan sebelum ini iaitu 30 April lalu.
“Kedua-dua negara Malaysia dan Singapura yakin bahawa perbincangan yang mungkin dilakukan secara dapat diselesaikan dalam masa 3 bulan akan datang sehingga projek RTS ini dapat diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, kerajaan terdahulu berkata, lanjutan perbincangan mengenai projek RTS antara Johor Bahru dan Singapura diperlukan untuk meneliti semula 3 perjanjian berkaitan projek itu.
Perjanjian itu adalah Perjanjian Dua Hala yang baru, Perjanjian Usaha Sama dan Perjanjian Konsesi yang membabitkan persetujuan Malaysia dan Singapura, dan perlu dimuktamadkan sebelum 30 April lepas.
Dalam pada itu, Wee berkata, banyak sektor ekonomi dan sosial terjejas berikutan krisis pandemik Covid-19, sama ada di Malaysia mahu pun negara jiran, termasuk Singapura.
Katanya, nemandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan di Malaysia dan langkah pemutus litar di Singapura, maka perbincangan 2 hala mengenai RTS antara Johor Bahru dan Singapura turut terkesan.
“Saya telah membincangkan status perjanjian 2 hala ini secara terperinci dan berterusan dengan rakan sejawatan saya dari Singapura, Khaw Boon Wan.
“Kami telah mencapai kata sepakat untuk melanjutkan perbincangan mengenai perjanjian 2 hala projek RTS ini,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.