`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 7, 2020

Pulau Pinang benar acara akad nikah bermula esok

Bermula esok Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang membenarkan urusan akad nikah pasangan Islam yang ditangguhkan susulan pelaksanaan PKP sebelum ini.
GEORGE TOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan membenarkan urusan akad nikah umat Islam yang sebelum ini ditangguhkan semasa langkah perintah kawalan pergerakan (PKP), bermula esok.
Pengarahnya Zulkifli Long berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) majlis akad nikah hanya boleh dijalankan di pejabat agama daerah sahaja dengan kehadiran terhad serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“JHEAIPP akan membenarkan akad nikah bermula esok dan untuk permulaan, ia (akad nikah) untuk bakal pengantin yang dokumen serta borang mereka telah siap dan diluluskan sebelum PKP.
“Majlis akad nikah hanya akan dibuat di pejabat agama daerah sahaja, namun jika bakal pengantin dalam keadaan tidak sihat seperti demam mereka tidak dibenarkan untuk melangsungkan perkahwinan kerana kami menjaga kemaslahatan semua pihak yang terbabit dalam urusan majlis akad nikah,” katanya hari ini.
Katanya, orang ramai yang membuat permohonan kebenaran akad nikah secara dalam talian menerusi laman sesawang JHEAIPP sepanjang tempoh PKP, perlu mencetak semua borang yang mereka isi untuk dikemukakan kepada pejabat agama di setiap daerah bagi tindakan selanjutnya.
Zulkifli berkata, mereka yang hadir di pejabat perlu mematuhi SOP, iaitu memakai penutup mulut serta hidung, sanitasi tangan sebelum berurusan di kaunter, menjaga jarak sosial serta jumlah pengunjung yang dihadkan pada satu-satu masa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.