`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 16, 2020

Sanusi Angkat Sumpah MB Kedah

(Ismaweb) – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14, esok.
Difahamkan, majlis angkat sumpah akan diadakan pada sebelah petang sebelum satu sidang media diadakan di Kompleks PAS Kedah.
Tinjauan pemberita di Wisma Darul Aman hari ini, mendapati, persiapan majlis angkat sumpah itu giat dilakukan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah.
Selasa lalu, Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu, selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Muhammad Sanusi berkata, 23 ADUN terbabit adalah 15 daripada PAS, Bersatu (4), UMNO (2) dan dua bekas ADUN PKR.
Berikutan itu, komposisi DUN Kedah menyaksikan perubahan apabila PAS kini menguasai 15 kerusi, manakala PKR (5), AMANAH (4), Bersatu – Tan Sri Muhyiddin Yassin (4), Bersatu – Tun Dr Mahathir Mohamad (2), UMNO (2) dan BEBAS (2).
Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka mengumumkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar, pagi esok.
Beliau difahamkan bakal membuat pengumuman mengenai kedudukan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) dengan Bersatu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.