`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 27, 2020

Upacara kahwin masih dilarang ketika PKPB, kata Hindu Sangam

Upacara perkahwinan masih dilarang di bawah PKPB.
PETALING JAYA: Persatuan utama Hindu di negara ini berkata, 2 upacara perkahwinan yang diadakan ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilarang walaupun satu daripadanya mendapat kebenaran polis, selepas tular sebuah kuil di Seri Kembangan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan upacara perkahwinan awal minggu ini.
Presiden Hindu Sangam Malaysia, RS Mohan Shan berkata satu daripada upacara perkahwinan itu dijadual diadakan di Shah Alam dan satu lagi di Ipoh.
Katanya, upacara perkahwinan di Shah Alam yang dijadualkan 24 Mei lalu mendapat kebenaran polis.
Pasangan itu juga menunjukkan senarai 20 tetamu serta nombor telefon mereka kepada Hindu Sangam.
“Tetapi, apabila jawatankuasa kuil menghubungi kami mengenai perkahwinan itu yang sudah mendapat kebenaran polis, kami memberitahu mereka, kami tidak akan membenarkan kuil menjalankan upacara perkahwinan kerana SOP jelas melarangnya.”
Beliau berkata, pihaknya turut membangkitkan perkara itu kepada Bukit Aman supaya upacara perkahwinan di Shah Alam tidak diteruskan dan polis mungkin tersilap memberi kebenaran untuk upacara itu berlangsung.
Katanya, perkara sama turut membabitkan upacara perkahwinan di Ipoh.
“Kami turut menghentikannya.”
Polis pada Isnin mengesahkan upacara perkahwinan diadakan di sebuah kuil di Seri Kembangan, walaupun pada awalnya ia menafikan dakwaan ada upacara sedemikian berlangsung.
Pihak berkuasa sedang mengesan individu yang dipercayai menghadiri upacara berkenaan.
Mohan berkata, Hindu Sangam juga menghantar mesej melalui WhatsApp dan platform media sosial mengingatkan jawatankuasa kuil supaya menolak semua permohonan perkahwinan walaupun berdepan tekanan daripada ahli keluarga.
“Kami menghantar satu senarai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang menyatakan mereka tidak boleh mengadakan perkahwinan atau upacara lain daripada sembahyang mingguan biasa.”
Beliau berkata, semua kuil terbabit membalas mesej itu, meyakinkan Sangam Hindu mereka akan mematuhi SOP terbabit.
Di bawah garis panduan terkini, gereja dan kuil di zon hijau dibenarkan dibuka semula untuk perhimpunan mingguan yang tidak melebihi 30 orang mulai 10 Jun ini.
Tetapi, warga emas dan kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan hadir. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.