`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 8, 2020

Usul Tidak Yakin Terhadap PM Muhyiddin Tidak Mungkin Berjaya, Kata Mahathir

Dr Shamsher Singh Thind
Shafie Apdal tak diberi nasihat undang-undang dengan sempurna. Parlimen tak boleh menilai sama ada Langkawi mempunyai majoriti sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat, dan oleh itu patut dilantik sebagai PM ke 8. Itu kuasa mutlak YDPA. Speaker dengan betul telah menolak usul remeh itu. Tapi usul yang dibuat oleh Dr M, iaitu untuk membuat undi tidak percaya terhadap TSMY itu betul. Sekarang terpulang kepada Speaker sama ada mahu meneruskan atau tidak, memandangkan Parlimen hanya bersidang untuk satu hari.
Dr M ini pun pelik. Dulu kata tak perlu buat undi tidak percaya kerana TSMY ada sokongan majoriti (https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/usul-tidak-yakin-terhadap-pm-muhyiddin-tidak-mungkin-berjaya/4414724.html). Anwar yang dilantik sebagai ketua pembangkang baru-baru ini juga mengesahkan sebelum ini tiada usul undi tidak percaya akan dibuat (https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2020/04/14/no-confidence-vote-wont-come-up-during-special-parliament-session-anwar-tel/1856532). Habis apa ketahian ini? Jadi pembangkang pun tak habis-habis nak buat U-turn.
P.S. Dr M meletak jawatan di saat rakyat memerlukan kerajaan yang stabil untuk memerangi Coronavirus. Selepas itu, PH pula sibuk merancang jelajah menghasut rakyat dengan melaungkan slogan seperti “Kerajaan Pintu Belakang” dan “Not My PM”. Sekarang, sekali lagi PH cuba menjatuhkan kerajaan ketika waktu kritikal. PH ini betul betul musuh rakyat; dulu, kini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.