`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 1, 2021

GRS pilihan tepat rakyat, kata Hajiji

 

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata demikian Bersempena Setahun Malaysia Prihatin hari ini. (Gambar Bernama)

TAWAU: Ketua Menteri Hajiji Noor berkata rakyat Sabah telah membuat keputusan tepat dengan memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Katanya, kemenangan itu telah membuka jalan kepada kewujudan persefahaman dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Bersempena Setahun Malaysia Prihatin hari ini, saya mewakili kerajaan GRS serta rakyat di negeri ini menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan persekutuan terutama perdana menteri atas keprihatinan kepada penduduk di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hajiji berkata, kepentingan serta keperluan Sabah adalah keutamaan kepada kerajaan persekutuan dan buktinya pelbagai bantuan diberikan kepada Sabah termasuk berkaitan Covid-19.

Katanya, antara bantuan itu ialah berkaitan meningkatkan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negeri berkenaan.

“Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban rakyat Malaysia di Sabah dan saya berharap kerjasama dan bantuan daripada kerajaan persekutuan akan berterusan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.