`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 7, 2021

Polis tahan warga emas dipercayai cabul cucu

 

Fariz Ammar berkata, warga emas itu kini direman selama enam hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan. (Gambar Freepik)

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki warga emas yang disyaki mencabul cucu perempuannya yang berumur lapan tahun di sebuah rumah di Taman Perumahan Skudai, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Fariz Ammar Abdullah berkata lelaki berumur 74 tahun itu ditahan pada jam 7.50 malam susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa kanak-kanak itu pada pukul 1.44 tengah hari, semalam.

Beliau berkata warga emas berkenaan dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga cucunya termasuk kanak-kanak itu ketika kedua-dua ibu bapa mereka bekerja.

“Kita terima laporan daripada anak suspek yang berusia 37 tahun, yang mendakwa anak perempuannya itu dicabul datuk kandungnya di dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka, malah kank-kanak itu mendakwa perbuatan jijik itu berlaku sebanyak tiga kali,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Fariz Ammar berkata kanak-kanak itu dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan interim di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, dan nanti akan mendapat rawatan susulan oleh pakar kaunseling dari Unit Psikiatri HSA.

Katanya warga emas itu kini direman selama enam hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.