`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 21, 2021

37 pelajar kolej vokasional di Melaka positif Covid-19

 

Operasi sanitasi akan dilaksanakan dengan kerjasama bomba, menurut Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Rahmad Mariman. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 37 pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain (KVDSMZ) di Melaka, disahkan positif Covid-19, hasil saringan terhadap 196 kontak rapat.

Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Rahmad Mariman berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menerima laporan terdapat satu kes positif melibatkan seorang pelajar kolej, hasil saringan bergejala dan pulang dari zon merah pada 16 April lalu.

Beliau berkata, berikutan itu, saringan segera ke atas 196 kontak rapat kepada kes positif berkenaan, membabitkan rakan sekolej dan guru, turut dilaksanakan.

Semua kes positif kini diarah kuarantin untuk rawatan lanjut, sementara semua kontak rapat yang disaring diasingkan dan dipakaikan gelang kuarantin, tambah beliau.

“Susulan terdapat pertambahan kes hari ini, penilaian seterusnya mengenal pasti seramai 430 kontak rapat kepada kes positif yang lain dan saringan calitan Covid-19 akan dijalankan dalam masa terdekat oleh pihak kesihatan.

“Penutupan sementara KVDSMZ bermula 21 April hingga 4 Mei 2021. Pemantauan berterusan bagi kontak rapat kes positif di blok terbabit akan diteruskan,” kata Rahmad, menurut laporan Berita Harian.

Operasi sanitasi akan dilaksanakan dengan kerjasama bomba, manakala pihak jabatan, kolej dan semua agensi terbabit kini dalam usaha mengekang penularan jangkitan.

Dalam pada itu, Rahmad menyeru orang ramai mendapatkan maklumat sahih menerusi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Melaka di talian 06 2356999/6851 atau melalui e-mel cprcmelaka@moh.gov.my. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.