`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 21, 2021

Kariah terpaksa ganti puasa akibat masjid laung azan awal 3 minit

 

Nazir Masjid Al-Khairiyah di Taman Seri Gombak memohon maaf dan berjanji kesilapan melaungkan azan lebih awal tidak akan berulang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kariah sebuah masjid di Batu Caves, Selangor, terpaksa menggantikan puasa yang terbatal akibat kesilapan melaungkan azan Maghrib lebih awal pada Isnin lalu.

Nazir Masjid Al-Khairiyah di Taman Seri Gombak, Wan Nawawi Wan Dagang, berkata kesilapan itu berpunca daripada masalah teknikal pada paparan digital waktu azan.

“Assalamualaikum, saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada 19 April lalu.

“Jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum puasa tuan dan puan adalah terbatal pada hari itu serta perlu diganti/diqada.

“Begitulah pandangan jumhur ulama dalam kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan kebanyakan ulama Hanbali yang bersepakat menyatakan puasa tersebut batal dan wajib diganti,” katanya dalam kenyataan yang tersebar semalam.

Beliau berkata, jemaah boleh mengikuti syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017 untuk mengetahui isu penggantian puasa yang berpunca daripada kejadian sedemikian.

“Sekali lagi kami mohon maaf dan insya Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.