`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 21, 2021

Sekolah agama di KK antara punca kes Covid-19 di Sabah kembali 3 angka

 

Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu yang mencatatkan 72 kes positif Covid-19 dikenakan PKPD mulai 18 April lalu hingga 1 Mei ini. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, satu kluster sekolah agama di sini menjadi penyumbang utama kepada peningkatan jangkitan Covid-19 daripada 82 kes sebelum ini kepada 172 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Kata beliau, Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes terbanyak di Sabah dengan 82 kes, diikuti Tawau (42) dan Lahad Datu (15).

“Sebanyak 72 jangkitan di Kota Kinabalu datang daripada kluster Khidmat (Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu).

“Sekolah itu sudah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan,” kata beliau dalam taklimat harian Covid-19.

PKPD dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu mulai 18 April lalu hingga 1 Mei ini.

Setakat hari ini, Sabah merekodkan 57,164 kes, dengan 1,019 pesakit masih dirawat di hospital, pusat rawatan berisiko rendah dan pusat tahanan sementara untuk pendatang asing tanpa izin atau penjara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.