`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 12, 2021

Grab, Selangor perkukuh pendigitalan ekonomi

 

Menteri Besar Amirudin Shari berkata inisiatif Platform Selangor (PLATS) 2.0 akan melengkapkan agenda dan ekologi pendigitalan Selangor.

PETALING JAYA: Platform teknologi tempatan Grab meneruskan kerjasama dengan kerajaan Selangor bagi menarik lebih banyak perniagaan untuk turut serta dalam ekonomi digital.

Inisiatif Platform Selangor 2.0 (PLATS 2.0) membolehkan perniagaan tradisional memasarkan produk menerusi saluran dalam talian.

Grab akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Selangor untuk menyediakan sokongan penghantaran kepada pedagang PLATS melalui GrabExpress.

Ketua GrabExpress Malaysia, Zafira Azahar, berkata syarikat itu berbangga kerana menjadi sebahagian daripada inisiatif itu.

“Kami menggalakkan perniagaan untuk mendakap ekonomi digital bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Kami juga terbuka untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak lain untuk menggunakan teknologi dan rangkaian kami untuk membantu peniaga menyertai ekonomi digital agar tiada yang ketinggalan,” katanya.

Pada majlis pelancaran PLATS 2.0 semalam, Menteri Besar Amirudin Shari berkata inisiatif itu bertujuan untuk menyokong agenda pendigitalan Selangor.

“Covid-19 memaksa kita menjadi lebih kreatif dalam mencipta ruang dan peluang serta mempercepat proses pendigitalan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.