`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 20, 2021

Kelantan tak benar solat Jumaat, Tarawih di semua masjid, surau mukim

 

Masjid negeri, bandar dan jajahan di seluruh Kelantan dibenar mengadakan aktiviti ibadah dengan 50% kapasiti masjid dan jemaah perlu mengamalkan penjarakan fizikal 2m.

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan semua masjid mukim, surau dan musolla di seluruh negeri itu ditutup dan sebarang aktiviti, termasuk solat Jumaat dan Tarawih tidak dibenarkan.

Tetapi, Yang Dipertua MAIK, Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata masjid negeri, bandar dan jajahan dibenar mengadakan aktiviti ibadat seperti solat Jumaat dan Tarawih dengan 50% kapasiti masjid.

“Aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain tidak dibenarkan.

“Jemaah hendaklah berada dalam saf dengan penjarakan 2m,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap semua pihak akan memberikan kerjasama atau tindakan akan diambil kepada mereka yang gagal mematuhi peraturan itu.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah mulai 16 hingga 29 April ini.

Ia susulan peningkatan kes sebanyak 30.5% di Kelantan dalam tempoh 14 hari, iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes dan semua tujuh daerah itu dalam zon merah, selain terdapat kluster baharu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.