`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 7, 2021

Lelaki ditemui mati dengan kesan luka di dada

 

Polis menemui kesan luka di bahagian dada, dan mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasat

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan luka pada bahagian dada di sebuah apartmen di Taman Pandan Indah, Ampang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat ditemui dalam keadaan terlentang di atas katil kira-kira jam 2 petang.

Farouk berkata, maklumat awal diterima daripada seorang individu yang memaklumkan bahawa seorang ahli keluarganya didapati tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur.

“Pemeriksaan awal terhadap mayat menemui kesan luka di bahagian dada, dan mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.