`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 7, 2021

Sabah perinci SOP PKP Tawau, Keningau, cegah penularan Covid-19

 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata mana-mana individu yang perlu bekerja di Tawau dinasihatkan untuk mendapatkan surat daripada ketua jabatan atau kebenaran polis.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memperincikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Tawau dan Keningau sehingga 16 April ini, bagi membendung penularan Covid-19 ke negeri, daerah dan lokaliti lain.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata ini termasuk menetapkan kemasukan ke Tawau dan Keningau sama ada melalui udara atau jalan darat hanya untuk perkhidmatan perlu.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata mana-mana individu yang perlu bekerja di Tawau juga dinasihatkan untuk mendapatkan surat daripada ketua jabatan atau kebenaran polis.

“Selain itu, hanya 30% kehadiran pekerja daripada kumpulan pengurusan (perkhidmatan perlu) manakala pekerja dalam kumpulan sokongan akan ditentukan oleh majikan masing-masing dengan memastikan penjarakan fizikal dan protokol kesihatan awam dapat dilaksanakan di tempat kerja.

“Sebarang majlis sosial dan program-program rasmi kerajaan tidak boleh diadakan sepanjang PKP di Tawau dan Keningau, selain pergerakan dalam tempoh PKP juga terhad kepada dua orang sahaja di dalam sebuah kenderaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Masidi berkata semua operasi perkhidmatan dan operasi pentadbiran pejabat kerajaan negeri di Tawau dan Keningau adalah dengan kapasiti kehadiran 30% di pejabat dan 70% bekerja dari rumah kecuali bagi perkhidmatan perlu.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah semalam merekodkan peningkatan kes baharu positif Covid-19 iaitu 112 kes berbanding 65 kes sebelum ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri itu sebanyak 55,234 kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.