`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 20, 2021

Sistem kupon bazar Ramadan di Melaka, tingkat pematuhan SOP

 

Penelitian pelbagai agensi mendapati masih banyak ruang dalam SOP berkenaan yang perlu dipertingkatkan.

PETALING JAYA: Sistem bazar Ramadan berkupon akan diperkenalkan Melaka dalam tempoh terdekat bagi mengukuhkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pengunjung, kata Ketua Menterinya, Sulaiman Md Ali.

Katanya, penelitian pelbagai agensi, terutama polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih banyak ruang dalam SOP berkenaan yang perlu dipertingkatkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“Sistem berkupon berkemungkinan besar akan diperkenalkan bagi memperkukuh SOP di bazar Ramadan di negeri ini,” katanya selepas melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Masjid Tanah, semalam, menurut laporan Berita Harian.

Sulaiman berkata, cadangan penggunaan sistem berkupon untuk bazar Ramadan ada dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa membabitkan pelbagai agensi.

“Hasil perbincangan saya dengan Ketua Polis negeri, Abdul Majid Mohd Ali baru-baru ini, ada membangkitkan mengenai perkara itu (sistem kupon) dan saya akan membawanya dalam mesyuarat Jawatankuasa Covid-19 membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan KKM,” katanya.

Mengulas mengenai Bazar Ramadan Masjid Tanah, Sulaiman berkata, walaupun mendapati bazar berkenaan agak sesak, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP oleh peniaga dan pelanggan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.