`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 22, 2021

Pakar bius maut, Porsche dipandu hilang kawalan

 

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa selepas kereta Porsche dipandunya hilang kawalan dan merempuh tiang lampu serta sebuah kenderaan lain di Batu Pahat. (Gambar Bomba)

JOHOR BAHRU: Seorang pakar bius berusia 50 tahun maut selepas kereta Porsche dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu di penghadang jalan dan melanggar sebuah kenderaan lain di Jalan Kluang-Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah, berkata dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi, mangsa Noor Zairul Muhamad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa memandu seorang diri dari Batu Pahat ke arah Sri Gading.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta dipandunya hilang kawalan,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, kereta mangsa kemudian melanggar tiang lampu di batu penghadang tengah jalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah MPV jenis Toyota Vellfire dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian, manakala pemandu MPV cedera di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Pantai untuk rawatan lanjut,” katanya turut memaklumkan mangsa bertugas di sebuah hospital swasta di Batu Pahat.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.