`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 11, 2021

Dakwaan dera kanak-kanak, 2 petugas taska ditahan

 

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata penahanan itu susulan laporan kes penderaan yang diterima daripada ibu seorang kanak-kanak berusia 20 bulan pada Rabu lalu. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Polis menahan dua individu untuk membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak yang dipercayai berlaku di sebuah taska di hospital di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata kedua-dua wanita, yang merupakan petugas taska berusia lingkungan 20-an, ditahan pada 3 petang Rabu selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Beliau berkata, penahanan itu susulan laporan kes penderaan yang diterima daripada ibu seorang kanak-kanak berusia 20 bulan pada hari sama.

“Kanak-Kanak itu luka di pipi serta lebam di beberapa bahagian anggota badan. Siasatan lanjut mendapati terdapat seorang lagi kanak-kanak berusia 21 bulan yang menjadi mangsa penderaan di taska sama.

“Mangsa dipercayai telah dipukul di bahagian kaki dan kepala dengan bantal. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Arjunaidi berkata, pihaknya turut merampas sebiji bantal bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.