`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 11, 2021

Suami Neelofa tawar RM300 kepada pelajar dapat 5A SPM

 

Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkata beliau mahu berkongsi rezeki dengan pelajar terbabit sekali gus memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang. (Gambar Instagram)

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang memperoleh 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Beliau yang juga suami kepada Neelofa berkata, ibu bapa yang mempunyai anak atau pelajar itu sendiri boleh terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram berserta bukti slip keputusan SPM mereka.

“Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM saya berserta slip keputusan bakal menerima hadiah daripada saya.

“Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

“Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pada masa sama, PU Riz menjemput semua pelajar yang terpilih itu menyertai sesi siaran langsung di Instagram @hrisbismail pada 1 tengah hari, esok.

“Saya memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam sesi ‘live’ bersama saya. Sedikit sebanyak mereka boleh berkongsi tips pembelajaran atau apa saja yang diamalkan sehingga mendapat keputusan cemerlang.

“Saya anggap perkongsian ini nanti bukan saja berguna pada semua yang menonton, tapi dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar lain yang bakal menduduki SPM akan datang

“Mana tahu perkongsian ini nanti dapat menjadi asbab kepada kejayaan ramai pelajar pula,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.