`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 10, 2021

Import ayam beku bersifat sementara, stabilkan harga di peringkat runcit, kata menteri

 

Harga maksimum ayam standard ditetapkan RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong di Semenanjung kecuali Langkawi.

PUTRAJAYA: Tindakan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara adalah bersifat sementara untuk menstabilkan harga di peringkat runcit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.

“Terdapat banyak permintaan daripada bekalan. Sebab itu kita bawa masuk bekalan dan harap di peringkat runcit akan menurun (harga) kerana ada persaingan lebih banyak bekalan ayam,” katanya selepas majlis penyampaian anugerah Malaysia Excellence Business (MEBA 2021), malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan keputusan kerajaan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara bagi memberi pilihan harga lebih murah kepada pengguna.

Nanta berkata kerajaan telah berusaha untuk mengawal harga ayam melalui harga maksimum di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Harga maksimum ayam standard ditetapkan RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong di Semenanjung kecuali Langkawi.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.