`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 8, 2021

Kementerian diminta perjelas kenapa liputan 4G di Sarawak masih rendah

 

Fahmi Fadzil berkata, SOP SPR menyatakan 78% daripada DUN Sarawak mempunyai kadar liputan 4G yang rendah, bermaksud 64 daripada 82 DUN di Sarawak mempunyai liputan rendah.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjelaskan masalah sebenar menyebabkan kadar liputan 4G masih rendah di Sarawak menjelang pilihan raya negeri (PRN) 18 Dis ini.

“SOP Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan 78% daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mempunyai kadar liputan 4G yang rendah, ini bermaksud 64 daripada 82 DUN di Sarawak mempunyai liputan 4G yang rendah,” katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa memaklumkan capaian internet 4G di seluruh Sarawak akan meningkat kepada 92% menjelang 2022 selepas selesai Fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Katanya, Sarawak akan mempunyai liputan internet 4G hampir sama dengan negeri lain di seluruh negara apabila kerajaan mempercepatkan proses menaik taraf prasarana dan infrastruktur jalur lebar dengan kos RM4.09 bilion.

“Sehingga suku ketiga tahun ini, liputan 4G di Sarawak telah melebihi 83% dan menjelang 2022, Sarawak mesti mencapai liputan antara 91% hingga 92% dan jurang liputan di peringkat nasional yang seharusnya pada 97% dapat dikurangkan,” katanya Ahad lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.