`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 8, 2021

‘Long Covid’ jejas perkembangan kognitif kanak-kanak, kata Ahli Parlimen

 

Setakat ini Kementerian Kesihatan tidak mempunyai data yang tepat berhubung kesan ‘Long Covid’ terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.

KUALA LUMPUR: Perkembangan kognitif kanak-kanak terjejas antara kesan jangka panjang Covid-19 atau “Long Covid” dengan satu daripada tujuh kanak-kanak akan mengalaminya, kata Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor).

Beliau berkata demikian menerusi soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, meminta Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan perancangan serta langkah untuk menangani kesan “Long Covid” terhadap kanak-kanak.

“Satu daripada tujuh kanak-kanak, khususnya bukan sahaja terjejas dari aspek fizikal, pernafasan dan sebagainya tetapi juga dari aspek kognitif,” katanya di Dewan Rakyat.

Menjawab persoalan dibangkitkan, Noor Azmi berkata, terdapat 41 fasiliti perubatan rehabilitasi di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada pesakit “Long Covid”.

Ia meliputi hospital awam dan swasta, hospital universiti serta sebuah pusat rehabilitasi bawah Kementerian Sumber Manusia.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak mempunyai data yang tepat berhubung kesan “Long Covid” terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.

Dalam pada itu, Noor Azmi turut memaklumkan KKM akan memberi vaksin kepada kanak-kanak, tidak lama lagi, namun perinciannya tidak dijelaskan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.