`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 8, 2021

Lelaki ditahan bakar kereta kerana cinta ditolak

 

Tangkap layar daripada rakaman CCTV menunjukkan sebuah motosikal berhenti dekat kereta mangsa sebelum kenderaan itu terbakar. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki membakar kereta seorang wanita yang menolak cintanya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Dalam kejadian 5.20 pagi itu, perbuatan lelaki berusia 29 tahun turut menyebabkan sebuah kenderaan yang diparkir bersebelahan musnah terbakar.

Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan berkata, jiran yang menyedari kejadian itu segera memaklumkan mangsa.

“Mangsa turun melihat keretanya dan mendapati pihak bomba sedang memadamkan kebakaran.

“Berdasarkan soal siasat dan rakaman kamera litar tertutup, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menahan suspek di kawasan Bandar Kinrara pada hari sama,” katanya dipetik Harian Metro dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tangkapan itu membolehkan polis merampas sebuah motosikal, sepasang kasut dan pakaian serta pemetik api yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

“Hasil soal siasat, suspek mendakwa membakar kereta mangsa kerana tidak puas hati selepas cintanya ditolak sejak setahun lalu.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dadah,” katanya sambil menambah suspek direman lima hari sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, rakaman CCTV selama seminit 28 saat tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang menunggang motosikal, berhenti dekat kereta mangsa lalu menyimbah sesuatu yang dipercayai minyak dan menyalakan pemetik api. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.