`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 8, 2021

Suapan urus jenazah, 3 kakitangan hospital didakwa hari ini

 

Semua tertuduh didakwa menerima suapan sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan jenazah di sebuah hospital dari 2019 hingga 2021. (Gambar Bloomberg)

PETALING JAYA: Tiga Pembantu Perawatan Kesihatan di sebuah hospital awam akan dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam esok atas 21 pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM4,950.

Semua kakitangan awam itu disyaki menerima suapan terbabit sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan jenazah di sebuah hospital dari 2019 hingga tahun ini.

Utusan Malaysia melaporkan seorang daripada individu yang berusia 34 tahun itu bakal menghadapi sembilan pertuduhan utama dan sembilan pertuduhan pilihan kerana meminta serta menerima suapan sebanyak RM3,450.

Seorang lagi individu berusia 44 tahun akan berdepan dua pertuduhan utama dan dua pertuduhan pilihan kerana menerima serta meminta suapan berjumlah RM900, sementara individu ketiga yang berusia 41 tahun masing-masing akan menghadapi satu pertuduhan utama dan pilihan kerana meminta serta menerima suapan bernilai RM600.

Semua pertuduhan utama didakwa dilakukan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sementara pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, semua tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau kedua-dua sekali.

Sementara pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, semua tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-dua sekali. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.