`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 9, 2021

Polis berkas penyimbah cat digaji along

 

Polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Tidak sampai dua minggu digajikan oleh pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau along sebagai penyimbah cat, seorang lelaki ditahan polis di Bandar Desa Cemerlang, Kota Tinggi, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, suspek diberkas hasil laporan berhubung kejadian simbah cat di sebuah rumah yang dibuat oleh mangsa kira-kira 1 pagi hari sama.

Katanya, pengadu berusia 31 tahun membuat laporan mendakwa rumah dan kenderaan miliknya di Taman Kota Jaya, disimbah cat oleh along.

“Tindakan itu dipercayai sebagai amaran kerana tidak membayar pinjaman yang dibuat lelaki berkenaan melalui Facebook pada awal 2019. Pada hari sama, kira-kira 12.30 tengah hari, hasil risikan dan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kota Tinggi, seorang suspek lelaki berusia 31 tahun berjaya ditahan.

“Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai menjalankan kegiatan menyimbah cat di rumah mangsa yang gagal membayar pinjaman di sekitar Johor sejak akhir November lalu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, polis turut merampas dua kereta, tiga kad ATM, satu telefon bimbit dan tin cat serta peralatan menyimbah cat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.