`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 9, 2021

Staf Hospital Kajang mengaku tak salah terima suapan urus jenazah

 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin. (Gambar Bernama)

IPOH: Selepas tiga rakan sekerjanya didakwa di Shah Alam semalam, seorang lagi kakitangan Hospital Kajang, Selangor, didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan menerima rasuah berhubung pengurusan jenazah April tahun lepas.

Tertuduh Mohd Fariq Ariffin, 34, seorang penolong pegawai perubatan, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim M Bakri Abd Majid.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Fariq yang bertugas di Unit Forensik Hospital Kajang didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,750 di CIMB Cawangan Bercham, Ipoh antara 28 April lepas hingga 5 Feb.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin di samping syarat tambahan melaporkan diri setiap awal bulan di pejabat SPRM terdekat selain menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Pendakwaan hari ini dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Syahrul Nizam.

Mahkamah turut membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk disebut semula pada 10 Jan bersama tiga tertuduh lain.

Pada Rabu, tiga kakitangan Hospital Kajang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan sama.

Media pada 8 Okt lepas melaporkan lima kakitangan Jabatan Forensik sebuah hospital di Selangor ditahan berhubung kes rasuah pengurusan jenazah dipercayai mengaut untung kira-kira RM22,000 dalam tempoh dua tahun sejak 2019.

Petugas kesihatan itu menerima habuan RM300 hingga RM400 bagi setiap jenazah daripada ejen mengikut jenis kematian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.