`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 8, 2021

Rakyat Malaysia paling ramai ‘layan’ pornografi ketika PKP

 

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, berkata kerajaan perlu melakukan tindakan atau langkah lebih berkesan untuk menyekat laman web lucah.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mendesak kerajaan mengawal akses pornografi dan memandang serius isu ketagihan menonton bahan lucah.

Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) berkata, ia susulan terdapat laporan bahawa rakyat Malaysia paling ramai menonton bahan lucah, mengikut data tahun lalu.

“Statistik pada tahun 2020 menunjukkan rakyat Malaysia paling ramai di Asia yang melayari laman web lucah sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

“Walaupun statistik yang dikeluarkan adalah dalam tempoh itu, saya yakin individu yang menonton bahan terlarang itu sebahagian besarnya akan mengalami ketagihan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kerajaan perlu melakukan tindakan atau langkah lebih berkesan untuk menyekat laman web seumpama itu kerana ketagihan seperti ini melahirkan masyarakat yang sihat fizikalnya tetapi mempunyai mental berpenyakit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.