`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 24, 2022

5 warga asing kantoi pegang dadah lebih 1kg

 

Hasil keputusan ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada lima suspek positif dadah jenis ganja, kata Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor.

PETALING JAYA: Lima lelaki warga asing ditahan bersama lebih 1kg ganja dalam dua tangkapan berasingan di Brickfields dan Petaling Jaya semalam.

Dalam tangkapan pertama di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Sri Hartamas, Brickfields, dua suspek berusia 21 dan 23 tahun ditahan pada kira-kira 6.15 petang.

Pemeriksaan menemui satu beg berisi ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 1.004kg yang dipercayai tidak sempat diedarkan dalam sebuah Toyota Yaris dinaiki dua suspek terbabit, lapor Berita Harian.

“Hasil siasatan lanjut, polis menyerbu sebuah kondominium di Petaling Jaya dan menahan tiga lagi lelaki warga asing, berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun, pada kira-kira 8.30 malam,” kata Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor.

Di kondominium itu, katanya, polis menemui 10 ketulan mampat daun kering dadah jenis ganja dan satu peket lutsinar mengandungi ceraian daun kering dadah jenis sama dengan berat keseluruhan 205g.

Amihizam berkata, jumlah keseluruhan dadah dirampas seberat 1.2kg itu dianggarkan bernilai RM3,250 dan jika diedarkan, ia boleh disalahguna oleh kira-kira 2,400 orang..

“Hasil keputusan ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada lima suspek positif dadah jenis ganja (THC),” katanya.

“Tiga suspek direman tujuh hari manakala dua lagi suspek direman enam hari.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati,.

Amihizam berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti dan mengesan baki ahli sindiket ini serta sumber bekalan dadah diperoleh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan rampasan dadah ini diminta menyalurkan maklumat di talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.