`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 24, 2022

Uncle Kentang buka rumah RM1 yang ke-8 untuk pesakit kanser

 

Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang telah menerima anugerah Commonwealth Points of Light daripada Ratu England di atas kerja kebajikannya. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)

PUCHONG: Dalam dunia di mana kerja kebajikan pun mempunyai senarai semak, lain pula dengan Kuan Chee Heng yang hanya melihat kepada keperluan. “Jika anda memerlukan dan saya mampu memberi, mengapa tidak?” soalnya.

Kepercayaan mudah itu menjadi asas kepada kehidupan kepada Kuan sebagai dermawan. Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Uncle Kentang, menjalankan misi sepanjang hidupnya untuk mengurangkan masalah kemiskinan dihadapi oleh rakyat.

Beliau melancarkan pelbagai program terdiri daripada kempen pengagihan makanan, khidmat ambulans RM1, pusat jagaan harian 10 sen dan banyak lagi.

Baru-baru ini, Kuan membuka sebuah rumah di Presint 17, Putrajaya untuk pesakit kanser yang menerima rawatan di Hospital Putrajaya atau Institut Kanser Negara.

Ia bukan inisiatif baharu untuk Kuan tetapi tambahan kepada tujuh lagi rumah yang dikendalikannya di sekitar Lembah Klang untuk golongan miskin yang memerlukan bantuan perubatan (dan penjaga mereka) yang memerlukan tempat tinggal.

Pesakit dan penjaga mereka hanya perlu membayar RM1 semalam dan diberi perkhidmatan pengangkutan percuma untuk pergi dan pulang dari hospital. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)

Kuan berkata, orang ramai bertanyakan kepadanya mengapa dia sanggup bersusah payah membantu orang tidak dikenali. Jawapannya mudah. “Mereka memerlukan tempat tinggal.”

Fokusnya bukan pada perbelanjaan atau logistik dan kesukaran dialami dirinya sendiri. “Kami mendapati bahawa (orang ramai) sedang tidur di dalam kereta mereka, tidur di laluan pejalan kaki, dan menghadapi masalah kewangan.”

Kuan berkata, rawatan dan rawatan kanser untuk penyakit serius lain boleh berterusan untuk tempoh yang lama. Ia amat sukar bagi mereka yang miskin. Mereka dan penjaga masing-masing mungkin perlu menempuh perjalanan yang jauh supaya lebih dekat dengan hospital dan tidak mampu untuk menempah penginapan di bandar.

Kuan turut menyediakan bantuan makanan kepada mereka yang menggunakan rumah RM1 untuk meringankan beban. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)

Kuan ingin memastikan tiada siapa yang tidak dapat menerima rawatan perubatan kerana kurang berkemampuan. “Orang ramai patut diberikan sedikit keselesaan ketika waktu sukar mereka.”

Setiap rumah RM1 dilengkapi dengan alat penyaman udara, wifi, dapur yang lengkap dengan bekalan makanan serta kemudahan lain untuk memberi keselesaan.

Kuan juga memastikan aspek halal dipatuhi di rumah itu supaya umat Islam boleh menggunakan kemudahan itu tanpa ragu-ragu.

Selain itu, Kuan juga menyediakan peneman atau pemandu kepada penjaga untuk membawa pesakit pergi dan pulang dari pusat rawatan.

Walaupun semuanya bukan murah, tetapi Kuan tetap berpegang dengan falsafah mudah mengenainya. Beliau berkata, “Untuk melawan kanser dan penyakit lain, jika mereka tidak berputus asa, kita juga tidak boleh berputus asa.”

Motivasi Kuan datang daripada sikap empati.

Ketika masih kanak-kanak, bapa Kuan meninggal dunia akibat kanser. Beliau berasal daripada keluarga miskin dan faham dengan keadaan itu apabila tidak mempunyai apa-apa.

Kuan mencari kepuasan dalam membantu orang lain dan memberi cara kepada orang lain untuk turut membantu. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)

“Orang menjauhi kami. Saya tidak salahkan mereka kerana kami amat miskin ketika itu. Mereka takut kami mahu meminjam wang.”

Namun, ia hanya membuatkan beliau lebih berazam untuk membantu orang lain. “Apabila hidup tidak adil kepada anda, anda tidak boleh berlaku tidak adil kepada orang lain,” jelasnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.