`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 4, 2022

Lelaki maut dilibas anak saudara

 

PETALING JAYA: Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dilibas dengan pisau mesin pemotong rumput dalam pergaduhan di sebuah rumah, di Sitiawan, Perak pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung Nor Omar Sappi, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4 pagi oleh seorang wanita berusia 26 tahun.

Katanya, siasatan polis mendapati mangsa berusia 51 tahun yang berada dalam keadaan mabuk, bergaduh dengan anak saudaranya berusia 34 tahun di perkarangan rumah gara-gara berlaku perselisihan faham.

“Suspek didakwa mengambil mesin pemotong rumput lalu melibas ke arah kaki mangsa dan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan serius di kaki kiri.

“Mangsa dibawa ke hospital dan ketika dalam perjalanan lelaki itu tidak sedarkan diri sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataannya, malam semalam, menurut Harian Metro.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca akibat suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang didakwa memburukkan namanya pada penduduk kampung.

Katanya, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat,” katanya.

Nor Omar berkata, suspek yang bekerja sebagai mekanik motosikal dikesan mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Mangsa yang tidak bekerja pula mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan penyalahgunaan dadah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.