`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 5, 2022

Pengeluar sarung tangan disaran fokus industri bukan perubatan

 

Zuraida Kamaruddin berkata, sarung tangan juga digunakan dalam industri elektronik semikonduktor makmal dan pusat jagaan kanak-kanak.

PETALING JAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin menyarankan pengeluar sarung tangan mengalihkan fokus kepada pemain industri bukan perubatan bagi memastikan industri itu kekal lumayan dan terus berkembang daripada menumpukan sektor penjagaan kesihatan semata-mata.

Beliau berkata, pemain perlu menjadi kreatif untuk meneroka cara dan kaedah baharu bagi menjadikan industri sarung tangan berkembang semula serta meraih keuntungan.

Selain itu, katanya, pandemik Covid-19 mencetuskan kesedaran berhubung kepentingan kebersihan untuk mencegah pencemaran atau membendung penularan penyakit.

“Lagipun, sarung tangan pakai buang yang bergred bukan perubatan terdapat dalam pelbagai saiz, warna, ketebalan dan tekstur. Ia juga digunakan dalam pelbagai perniagaan seperti perniagaan tatu, makmal dan pusat jagaan kanak-kanak.

“Walaupun industri minuman dan makanan merupakan pengguna sarung tangan dengan permintaan terhad, tempoh lapan hingga 10 tahun lalu menyaksikan peningkatan tahap kesedaran dengan pemain industri dan pengguna sama-sama menyedari hakikat pengendalian makanan berkisar pada tahap kebersihan,” katanya dalam kenyataan semalam yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, sarung tangan juga digunakan dalam industri elektronik semikonduktor untuk melindungi komponen elektrik atau elektronik daripada pencemaran.

Zuraida berkata, kementeriannya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu pengeluar tempatan mendapatkan pasaran baharu dan melebarkan sayap ke sektor bukan perubatan.

“Kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pemain industri tempatan dan kerjasama ini akan memastikan industri sarung tangan getah tempatan negara akan terus berkembang maju.”

Sehubungan itu, katanya, langkah Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) untuk memanfaatkan industri bukan perubatan sebagai pemacu permintaan masa depan bagi sarung tangan gred bukan perubatan adalah tepat.

“Diketahui ramai, harga saham sarung tangan di Bursa Malaysia merosot dengan ketara sejak pertengahan tahun lalu.

“Walaupun ia menyakitkan, kita harus menerima hakikat tempoh kemuncak semasa pandemik Covid-19 pada 2020 yang mendorong pertumbuhan pesat industri ini dengan pemain baharu mungkin tidak berulang lagi, terutamanya apabila dunia beransur-ansur beralih ke fasa endemik.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.