`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 18, 2022

Remaja pandu MPV sebabkan kematian pemotong rumput didakwa esok

 

Seorang pemotong rumput warga Myanmar maut manakala rakannya parah selepas dirempuh MPV di Jalan Pintasan Semeling berhampiran Taman Malinja, Bedong, Sungai Petani, 7 Mei lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Remaja yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) tanpa lesen dan merempuh dua pekerja pemotong rumput sehingga seorang daripadanya maut dalam kejadian di Jalan Pintasan Semeling, berhampiran Taman Malinda, Bedong, Kedah akan didakwa di mahkamah esok.

Remaja lelaki berusia 16 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, ketika dihubungi mengesahkan remaja itu akan dituduh esok selepas menerima arahan pejabat timbalan pendakwa raya.

“Selepas kertas siasatan lengkap dirujuk kepada timbalan pendakwa raya, kita mendapat arahan untuk tuduh remaja berkenaan di mahkamah esok,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Dalam kejadian 11 pagi 7 Mei lalu, seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa, 20, maut manakala rakannya berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh MPV ketika berehat di bahu jalan di lokasi berkenaan.

Siasatan mendapati MPV itu dipandu remaja yang tidak mempunyai lesen dan ditahan untuk diambil keterangan.

Remaja itu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan dan hasil ujian air kencing mendapati dia tidak berada bawah pengaruh dadah.

Dia dikatakan mengambil kesempatan memandu Perodua Alza milik bapanya yang ketika itu tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan.

Susulan itu, bapanya disaman pada 12 Mei lalu kerana membenarkan pemandu tanpa lesen memandu kenderaan terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.