`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 29, 2022

Rugi RM4 juta ditipu ‘Datin Ida’ sertai pelaburan Hari Raya

 

Polis berkata seramai 296 individu menyertai skim pelaburan itu dengan nilai pelaburan kira-kira RM4 juta.

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga mendakwa ditipu individu dikenali sebagai “Datin Ida” untuk menyertai skim pelaburan Hari Raya secara dalam talian melibatkan kerugian terkumpul kira-kira RM4 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu, M Zambri Mahmud, berkata wanita berusia 31 tahun itu membuat laporan polis pada 6 Mei lalu, apabila pulangan dijanjikan selepas pelaburan dibuat tidak diterima dalam tempoh dijanjikan.

Beliau berkata, mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak RM55,000 bagi RM30,000 yang dilaburkan dalam masa tiga hari.

“Pengadu telah melabur sebanyak RM100,000 seminggu sebelum raya (tarikh tidak dinyatakan) dan pada masa sama pengadu telah mengiklankan pelaburan tersebut ke dalam kumpulan WhatsApp.

“Ramai yang berminat untuk menyertai pelaburan itu dan sebanyak 296 individu telah menyertai skim pelaburan tersebut melibatkan nilai pelaburan oleh rangkaian bawahan pengadu sebanyak lebih kurang RM4 juta,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Zambri berkata, mangsa menyerahkan semua kutipan wang kepada pihak urusan pelaburan melalui akaun diarahkan “Datin Ida”.

“Semua transaksi kemasukan wang oleh pengadu ada dalam simpanan pengadu. Hasil keuntungan pelaburan itu, pengadu turut diberi bonus daripada Datin Ida sebanyak RM190,000 atas kutipan yang besar dalam tempoh singkat,” katanya.

Namun, menurut Zambri sehingga hari ini mangsa masih tidak mendapat apa-apa pulangan daripada wang yang telah dilaburkan dan merasakan dirinya ditipu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan menjanjikan pulangan tidak masuk akal dalam tempoh singkat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.