`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 19, 2022

Ahli Parlimen perlu faham, RUU Antigangguan Seksual bukan sekadar bahas, kata Nurul Izzah

 

Nurul Izzah Anwar berkata, RUU Antigangguan Seksual sepatutnya mencetuskan kesedaran termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen.

KUALA LUMPUR: Isu gangguan seksual bukan hanya perlu dilihat sebagai satu pindaan undang-undang untuk dibahas, tetapi juga sepatutnya mencetuskan kesedaran termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen.

Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh), berkata di United Kingdom (UK) terdapat dasar mengenai salah laku seksual di Parlimen, yang menunjukkan negara itu sedar ahli parlimen juga perlu mempunyai kesedaran dan belajar mengenai perkara itu.

“Pada saya, sudah tentu kita tidak mahu sebarang kata kesat dikeluarkan dan sebagai wakil rakyat, sudah tentu kita semua perlu bersikap sabar serta mengutamakan kepemimpinan melalui teladan.

“Jika ada seseorang bangun dan menyakiti hati ahli parlimen yang lain, itu tidak boleh menjadi sebab untuk melemparkan kata yang jauh lebih kesat atau berunsur seksis,” katanya katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 di Dewan Rakyat.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sementara itu, Teo Nie Ching (PH-Kulai) menyoal sama ada selepas RUU berkenaan diluluskan, isu gangguan seksual melibatkan sekolah serta universiti akan mendapat pembelaan kementerian berkenaan.

“Saya nak tanya apabila seorang pelajar yang gurunya membuat ugutan tentang rogol, mana suara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Apabila ada mahasiswa yang buat aduan mereka hadapi gangguan seksual daripada pensyarah, mana suara menteri?

“Selepas RUU ini lulus, (adakah) kita akan nampak perubahan sikap dari menteri dan kementerian berkenaan?,” soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula menegaskan isu gangguan seksual tidak hanya melibatkan wanita sebaliknya kaum lelaki turut boleh menjadi mangsa, seterusnya kumpulan itu juga perlu mendapat pembelaan sama melalui RUU berkenaan.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun membentangkan RUU itu bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat.

Antara lain dalam RUU itu, saman yang dikeluarkan oleh tribunal dicadangkan boleh dikuatkuasakan menyamai bidang kuasa mahkamah.

Kata Rina, RUU itu memperuntukkan pengecualian bidang kuasa mahkamah jika suatu aduan gangguan seksual sudah dibuat oleh mana-mana individu kepada tribunal.

“Tribunal ini memberi kuasa bagi membuat perintah tertentu dalam menjalankan prosiding, antaranya untuk membuat perintah interlokutori, memerintahkan pemuliharaan dan jagaan interim.

“Ia turut memperuntukkan bahawa saman yang dikeluarkan oleh tribunal hendaklah disampaikan dan dikuat kuasa seolah-olah dikeluarkan oleh mahkamah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.