`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 12, 2022

Baling antara 8 daerah di Kedah terima amaran ribut petir

 

Amaran cuaca buruk itu melibatkan daerah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling di Kedah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Kedah tengah hari ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, amaran cuaca buruk melibatkan daerah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga jam 3 petang ini,” kata MetMalaysia.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menasihatkan penduduk di negeri itu yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai agar berwaspada dan bersedia untuk berpindah jika hujan lebat berterusan melebihi tiga jam.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Saifuddin Abdullah, pihaknya bersedia menghadapi banjir termasuk jika kejadian kepala air berulang di Gunung Inas.

“Beberapa daerah di negeri ini turut terkesan akibat hujan lebat sejak semalam selain beberapa negeri utara termasuk di Pulau Pinang, Perak Dan Perlis.

“Namun kita tetap bersiap sedia sekiranya hujan lebat berlaku di negeri ini dan tumpuan bukan saja dilakukan di daerah Baling tapi daerah lain seperti Kubang Pasu, Kota Setar, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya, menurut Harian Metro. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.