`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 18, 2022

Brader Ismail Sabri, Habis Pakcik Teksi Isi Minyak Sabsidi RON95 Untuk Cari Makan !! Ayam Goreng Di Restoran Pun Ada Sabsidi !!

 


 

Kita bagi sabsidi untuk tolong orang miskin. Makcik pisang goreng rata-rata orang miskin. Orang susah. Jadi sabsidi minyak RON95, sabsidi ayam, sabsidi minyak masak semua membantu pakcik teksi, makcik goreng pisang dan warong dan restoran cari hidup sikit.

Sabsidi baja membantu peladang kelapa sawit dan ladang getah cari hidup.

Sabsidi baja bantu petani penanam padi cari hidup dengan senang sikit.

Sabsidi minyak disel bantu nelayan untuk cari hidup dengan sedikit mudah juga.

Semua ini termasuk tujuan sabsidi.

Sabsidi ini sudah wujud sejak sebelum zaman Saloma dan P Ramlee.

Tidak pernah perdana menteri dulu daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein, Dr Mahathir, Pak Lah Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yassin berkata bahawa sabsidi tidak boleh digunakan untuk untung commercial.  

Sekarang Brader Ismail kata sabsidi tidak boleh digunakan untuk untung commercial pula ?? 

Dan dia sebut penjual goreng pisang pula tu. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.